ADAT BERJEJAK TANAH : RELEVANKAH DENGAN TUNTUTAN ISLAM?
Dipetik dari blog Majoriti vs Minoriti
Kalau kita lihat di mana-mana medan penulisan, baik di dalam buku-buku, makalah-makalah, blog-blog atau portal peribadi seperti yang ada di zaman mutakhir ini, selalu kita akan tersua dengan suatu isu yang oleh sesetengah pihak menjadi kebanggaan dan kemegahan yang tersendiri. Isu tersebut ialah istiadat berjejak tanah bagi anak yang baru dilahirkan. Istiadat yang biasanya khusus untuk mereka yang ”berdarah raja”, yang masyhurnya darah raja dari seberang Selat Melaka, iaitu titisan darah Raja Pagaruyung. Darah Raja Pagaruyung ni bukannya sedikit, malah melimpah ke serata penjuru alam Melayu, baik di Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Kepulauan Sulu hingga ke Kepulauan Flores sekalipun. Ini fakta sejarah benar!
Yang menjadi pokok persoalan bukanlah tentang darah keturunan diraja tersebut, kerana ianya adalah kurniaan Allah juga pada segelintir hambaNya yang diberi amanah untuk memimpin, tetapi yang menjadi persoalan ialah tentang adat-istiadat yang dirasakan perlu dikaji kesesuaiannya dengan tuntutan agama Islam.
Apakah ada insan lain di muka bumi ini, sejak mula Nabi Adam AS hinggalah ke hari ini, yang lebih tinggi darjat kemuliaannya daripada junjungan kita, Rasulullah SAW? Tentu ramai yang akan mengatakan tidak ada. Jadi, tidakkah kita terfikir, semulia-mulia Nabi Muhammad SAW, ketika lahirnya dahulu tidak pula disambut dengan hamparan kain kuning, tikar kuning, dibalut dengan selimut kuning dan berbagai lagi alatan keramat lainnya. Lebihkah kemuliaan sang raja jika dibandingkan dengan kemuliaan para nabi dan rasul?
Kini, setelah ratusan tahun agama syirik berganti dengan agama tauhid di alam Melayu, bahkan raja-rajanya telah berganti dengan gelaran ”sultan” sebagai pelindung agama suci Islam, tetapi istiadat yang diwarisi daripada zaman Hindu-Buddha masih teramat sayang untuk dilepaskan. Agama Islam membawa rahmat dan kemudahan untuk umat manusia seluruh alam, hanya perlu mengakui keesaan Allah, menyembahnya dengan kerendahan hati 5 kali sehari, berpuasa cuma sebulan dalam setahun, bersedekah wajib (zakat) hanya bagi yang mencukupi syaratnya juga setahun sekali, dan pergi menunaikan fardhu haji ke Baitullah sekali seumur hidup, jika termampu menyediakan belanjanya. Mudah saja! Yang selainnya adalah perkara furu’ atau cabang dalam kehidupan belaka, pertikaian dan perbezaan pendapat adalah perkara biasa, dan menjadi rahmat bagi kita! Apakah susahnya agama Islam ini?
Namun agama yang mudah ini kembali dirumitkan oleh segolongan pihak berfahaman lama yang amat sukar melepaskan beberapa bentuk tradisi yang mana terkandung di dalamnya beberapa unsur kemuliaan bagi kelompok keturunan atau keluarga mereka. Walaupun jelas ianya tiada dalam tuntutan agama Islam. Untuk melunakkan hati, maka diciptalah istilah, pepatah atau perbilangan, bahawa kononnya syarak tetap mengatasi adat dalam kehidupan. Benarkah begitu dalam perlaksanaannya? Atau itu hanya sekadar pengucapan lisan sahaja?
Setelah kedatangan agama Islam, istiadat berjejak tanah diadaptasi ke dalam bentuk yang lebih meyakinkan dan kononnya berciri islamik pula, seperti diiringi dengan majlis doa selamat, marhaban, berzanji dan upacara kebudayaan Melayu lainnya sebagai selingan. Apa jadi jika istiadat tersebut tidak dituruti? Akan adalah ketulahannya, anak ditimpa penyakit, wabak, lemah badannya, kerasukan, kesihatannya lemah dari semasa ke semasa dan lain-lainnya. Kepercayaan ini begitu kental dan mendarah-daging dalam diri kelompok etnik Melayu tertentu yang masih mengamalkannya.
Tengku Lukman Sinar (sekarang Sultan Lukman Sinar Basyar Syah, Kerajaan Serdang di Sumatera Utara) menulis bahawa asal upacara turun ke tanah bermula dari zaman Hindu di mana anak kepada seseorang dari kasta Brahma buat julung kalinya ”diperkenalkan” kepada matahari, diperkenalkan kepada ”ibu” tanah dan ”bapa” air (Sari Sejarah Serdang Jilid 1, 1971).
Apa punca semua ini? Apa kaitan kekuningan dengan daulat, darjat dan martabat raja Melayu? Apakah semua bentuk makhluk Allah itu mampu memberi mudarat kepada kita yang kononnya bergelar ”Khalifah Allah” di muka bumi ini? Kalau kita boleh dengan mudahnya ”dibuli” oleh makhluk tak bernyawa yang berupa kain kuning, baju kuning, destar kuning, kemenyan, segumpal tanah dan sebagainya itu, maka apalah maknanya kita menjadi Khalifah Allah?
Puncanya ialah kerana perjanjian di antara nenek moyang kita terdahulu dengan unsur tak kelihatan yang menjadi sahabat, akuan, dampingan atau pesuruh mereka semenjak zaman Hindu lagi. Unsur apakah itu? Tak lain ialah bangsa Jin yang boleh merupa dalam berbagai bentuk. Dan di kalangan bangsa Melayu, apabila ianya diperolehi secara turun-temurun maka ianya dinamakan ”saka”.
Jin bukan Khalifah Allah, bahkan mereka itu sepatutnya tunduk kepada kita. Tetapi oleh sesetengah kalangan umat manusia, termasuk umat Melayu telah terbalik pula mengangkat martabat Jin melebihi martabat Adam. Berbagai perkara pelik yang ditunjukkan oleh Jin itu disangkanya ”keramat” atau ”daulat” yang sangat-sangat menjadi kebanggaan mereka. Jin yang merupa dalam imej keIslaman seperti berjubah putih/hijau, berserban putih, berjanggut panjang mencecah dada, tasbih di tangan, memberi nasihat-nasihat keagamaan yang enak-enak didengar dan secocok dengan tuntutan agama, maka inilah yang menambah takjub dan sayangnya umat Melayu/Islam terhadap unsur ghaib ini. Dan dalam ilmu persilatan/hulubalang pula, bentuk penjelmaan yang sangat dikagumi dan dibanggakan ialah harimau, sebagaimana yang masyhur di Tanah Kerinci.
Setelah ratusan tahun berlalu, antara Jin sahabat nenek moyang itu ada yang masuk Islam, namun kejadian dan sifat serta tabiat mereka tetap tak bersamaan dengan manusia. Bersabda Rasulullah SAW, bahawa ”sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia!”. Apakah Rasulullah akan menipu kita? Tentulah tidak. Jadi mengapa masih berbangga dengan istiadat lama yang sebenarnya terkandung di dalamnya unsur persahabatan dengan Jin, baik yang kita sedari mahupun yang tidak kita sedari.
Jika tidak dituruti tuntutan istiadat lama tersebut, maka jin-jin inilah yang akan melakukan angkara, mengacau semangat bayi-bayi atau kanak-kanak sehingga jatuh sakit, kerasukan atau seperti orang kurang akal. Jika sudah semenjak kecil diganggu begitu, apakah yang akan terjadi kepada kanak-kanak tersebut menjelang usia dewasa? Tentulah lama-kelamaan fikirannya akan kacau dan seterusnya membawa kepada kurang siuman bahkan gila sekalipun.
Cara untuk menghindari gangguan unsur jahat ini sebenarnya ialah dengan kembali kepada Al-Quran, kerana di dalamnyalah terkandung penawar bagi segala penyakit, zahir dan batin. Tinggalkanlah amalan yang tidak ada sangkut-pautnya dengan keperluan kehidupan kita di muka bumi ini sebagai Khalifah Allah. Nescaya makhluk lain akan tunduk dan gerun kepada kita.
Sepatah kata untuk renungan, apakah dengan melakukan istiadat berjejak tanah itu dapat membentuk kekuatan rohani dan jasmani bagi sang anak supaya dia boleh menjadi pembela Islam suatu hari nanti? Apakah dengan melakukan istiadat tersebut dan dengan adanya ”saka” yang menjadi kebanggaan keturunan itu dapat membantu mengembalikan maruah umat Islam yang tercalar habis di bumi Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan dan Patani?
JAUHAR ALAM SYAH
p/s: Ikutilah cerita di bawah...
1. Kisah dan tauladan bagi yang beriman dan berakal :
Di sebuah negeri di gigi Laut Cina Selatan, di timur Semenanjung pada satu tahun yang tertentu. Seorang pawang terkenal terkumat-kamit membaca serapah, peluh mandi di dahinya. Mukanya berkerut menandakan bukan kepalang serius hal yang sedang dihadapinya saat itu. Asap kemenyan bak gumpalan awan tebal menjulang ke bumbung rumah.
Di hadapan sang pawang, seorang tua yang uzur berat menggelisah. Pada dasarnya dia sudah terlantar lama, tapi kerana sesuatu keadaan tertentu, ada ketikanya dia bingkas pula bangun. Lagaknya bagaikan tak sakit apa-apa pun. Ada kalanya meracau dan melakonkan aksi sang raja rimba, harimau!
Memang pun! Orang tua itu kesurupan, atau kerasukan peliharaan keturunannya sejak zaman silam. Dan orang tua itu pun kononnya mewarisi darah diraja dari sebuah kerajaan Melayu Tua di utara sana. Pawang bersenjatakan kemenyan dan serapah ternyata tak termampu memulihkan keadaan. Nyatalah, belaan si orang tua lebih tangguh daripada belaan sang pawang. Pawang tahu dan boleh nampak, tujuh ekor raja rimba di keliling orang tua tersebut. Bengis dan menanti saat saja mahu menerkam ke arahnya. Daulat raja Melayukah itu? Keramatkah itu?
Kemuncaknya sang pawang yang juga sudah berumur terpelanting ke dinding. Dia tewas. Untung saja nyawanya tak melayang. Dan diluar jangkaan, orang tua yang mahu diubati bingkas bangun mengambil sebilah keris pusaka keturunannya, dijulang dan dikucupnya keris tua tersebut sambil melontarkan kalimat angkuh, ”akulah keturunan raja ................!!”. Serentak itu beliau pun jatuh terkulai dan menghembuskan nafas yang terakhir.
Alangkah sedihnya!! Penghujung nafas seorang Muslim yang sepatutnya ditalkinkan dengan Syahadah Tauhid, telah digantikan dengan lontaran kalimat sombong yang jelas dikawal oleh unsur makhluk yang sombong pula, yang sejak awal dahulu lagi tidak mahu tunduk hormat kepada Adam.
Inikah daulat, inikah keramat keturunan yang menjadi kebanggaan umat Melayu Islam?!
Nauzubillah! La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil adzim!
Mungkin isu ini agak sensitif untuk diperkatakan dan keterlaluan untuk dibincangdebatkan tapi seharusnya kita memandang ia dari sudut positif. Sampai ke manalah kuatnya kita sebagai manusia, ke tanah jualah kita kembali. Pelbagai versi cerita yang selalu kita dengar di mana-mana, mangsa yang pernah tersua berkata yang mereka meremang bulu romalah, tegak kat tengkuklah, yang sana bergayut-gayutlah, terbang kain putih dll. Itu cerita tersua tapi bab saka turunan langsung tak sama, dah namanya saka, mestilah berkait dengan pusaka. Timbul pula pertanyaan dalam diri, mengapa orang-orang kita yang terdahulu suka membela, suka sangat berdamping dengan makhluk halus? Itu cuma sekadar satu lemparan pertanyaan. Janganlah diberatkan sangat,tepuk dada tanya seleralah.
Pernah disebutkan oleh Ibnu Arabi dalam kitab Futuhat di mana ia menjelaskan:
"Adalah orang yang bersekedudukan (bersahabat) dengan Jin itu tidak beroleh ilmu kerana Allah, kerana Jin itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifatNya.
Kadang-kadang orang yang bersahabat dengan Jin itu menyangka semua perkara yang dikhabarkan dan diberitahu oleh Jin itu adalah daripada perkara yang berlaku di alam itu adalah Karamah daripada Allah Taala. Sebenarnya sangkaan mereka itu adalah tidak benar sama sekali.
Kerana segala pemberian Jin kepada manusia tentang khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu permata, akar kayu dan segala khasiat Isim dan huruf itu adalah satu bidang dalam ilmu kimia semata-mata yang juga boleh dipelajari dan diketahui oleh manusia.
Kata Ibnu Arabi lagi:
"Sesungguhnya ramai orang akan bersahabat dengan Jin akan menjadi takbur dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya itu."
Sifat takbur merupakan salah satu sifat yang paling dimurkai oleh Allah dan akan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis RasulNya.
Ringkasnya kita sebagai seorang Islam ditegah daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan para Jin samada Islam mahupun Kafir kerana keburukannya lebih banyak dari yang baiknya. Jin akan sentiasa merasuk dan mendorong manusia melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.
Fakta ni penulis petik dari sebuah buku yang ditulis oleh Hj Ahmad b Hj. Che Din iaitu Sejarah dan Pengaruh Jin di dalam Kehidupan Manusia. Adalah kita masih tidak jelas dengan semua itu? Berapa kali harus diulang-ulang? Mungkin kefahaman akan sampai setelah beribu kali saranan serta nasihat diberikan. Agaknyalah. Sememangnya semua manusia begitu, penulis sendiri pun lebih kurang sama. Alasan yang selalu diterima, kubur kita lain-lain, ikut sukalah! Alahai, kolotnya fikiran. Entahlah...
Eh! Hampir terlupa pula. Tiba-tiba teringat cerita si Hishamuddin Rais (Cuba baca Mastika keluaran Februari). Ada juga rupanya orang beragam begini. Pengakuannya sebagai seorang yang Agnostik menarik perhatian penulis. Katanya dia ada berasa hairan, mengapa orang2 yang tersua dengan hantu ini selalunya bersendirian, di tempat sunyi, di tempat gelap, dalam rumah2 kosong atau di kayu-kayu besar? Dan setiap kali bertemu dengan hantu ini tidak ada pula saksi yang membawa kamera, video atau alat perakam suara. Kenapa hantu tidak muncul pukul 4.30 petang pada hari sabtu di depan air pancut di kawasan bangunan KLCC ketika ribuan anak muda bersantai? Penulis memahami perasaan saudara Hishamuddin Rais. Sudah tersurat dan terbuku niat di hatinya ingin bertemu dengan hantu tapi tidak kesampaian kerana katanya, saya tinggal di sebelah tokpekong besar tidak jauh dari Bangsar. Di belakang rumah saya pula tanah perkuburan Cina. Dan saya sering menyisir - pagi, petang, senja dan malam - di tanah perkuburan Melayu di sebelah Jalan Ang Seng, Brickfields. Tidak pernah saya terlihat kubur berasap kecuali apabila anak-anak mudaberkumpul menghisap ganja dan rokok di atas kubur! Hahaha, lucunya...
Apa kaitan cerita ini sebenarnya? Ada. Besar kaitannya. Fahamilah dan cubalah membuka minda sedalam-dalamnya. Sekian...
Perantara Sidang Oleh: Ampuan Awang
Daripada kerabat baik Seberang
Semasa Mata Masih Mengantuk
Ruang dapur rumah
Teratak Ulu, mukim Binunih
31 Januari 2009
Baca selengkapnya
Bagikan