Archives

gravatar

MAJLIS IBADAH KORBAN 2009

Koleksi foto sekitar majlis ibadah korban tahun 2009 di Kampong Batu Masjid





KLIK SINI UNTUK MELIHAT KOLEKSI FOTO



korban 2009







Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

ADAT BERJEJAK TANAH : RELEVANKAH DENGAN TUNTUTAN ISLAM?

Dipetik dari blog Majoriti vs Minoriti

Kalau kita lihat di mana-mana medan penulisan, baik di dalam buku-buku, makalah-makalah, blog-blog atau portal peribadi seperti yang ada di zaman mutakhir ini, selalu kita akan tersua dengan suatu isu yang oleh sesetengah pihak menjadi kebanggaan dan kemegahan yang tersendiri. Isu tersebut ialah istiadat berjejak tanah bagi anak yang baru dilahirkan. Istiadat yang biasanya khusus untuk mereka yang ”berdarah raja”, yang masyhurnya darah raja dari seberang Selat Melaka, iaitu titisan darah Raja Pagaruyung. Darah Raja Pagaruyung ni bukannya sedikit, malah melimpah ke serata penjuru alam Melayu, baik di Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Kepulauan Sulu hingga ke Kepulauan Flores sekalipun. Ini fakta sejarah benar!

Yang menjadi pokok persoalan bukanlah tentang darah keturunan diraja tersebut, kerana ianya adalah kurniaan Allah juga pada segelintir hambaNya yang diberi amanah untuk memimpin, tetapi yang menjadi persoalan ialah tentang adat-istiadat yang dirasakan perlu dikaji kesesuaiannya dengan tuntutan agama Islam.


Apakah ada insan lain di muka bumi ini, sejak mula Nabi Adam AS hinggalah ke hari ini, yang lebih tinggi darjat kemuliaannya daripada junjungan kita, Rasulullah SAW? Tentu ramai yang akan mengatakan tidak ada. Jadi, tidakkah kita terfikir, semulia-mulia Nabi Muhammad SAW, ketika lahirnya dahulu tidak pula disambut dengan hamparan kain kuning, tikar kuning, dibalut dengan selimut kuning dan berbagai lagi alatan keramat lainnya. Lebihkah kemuliaan sang raja jika dibandingkan dengan kemuliaan para nabi dan rasul?


Kini, setelah ratusan tahun agama syirik berganti dengan agama tauhid di alam Melayu, bahkan raja-rajanya telah berganti dengan gelaran ”sultan” sebagai pelindung agama suci Islam, tetapi istiadat yang diwarisi daripada zaman Hindu-Buddha masih teramat sayang untuk dilepaskan. Agama Islam membawa rahmat dan kemudahan untuk umat manusia seluruh alam, hanya perlu mengakui keesaan Allah, menyembahnya dengan kerendahan hati 5 kali sehari, berpuasa cuma sebulan dalam setahun, bersedekah wajib (zakat) hanya bagi yang mencukupi syaratnya juga setahun sekali, dan pergi menunaikan fardhu haji ke Baitullah sekali seumur hidup, jika termampu menyediakan belanjanya. Mudah saja! Yang selainnya adalah perkara furu’ atau cabang dalam kehidupan belaka, pertikaian dan perbezaan pendapat adalah perkara biasa, dan menjadi rahmat bagi kita! Apakah susahnya agama Islam ini?


Namun agama yang mudah ini kembali dirumitkan oleh segolongan pihak berfahaman lama yang amat sukar melepaskan beberapa bentuk tradisi yang mana terkandung di dalamnya beberapa unsur kemuliaan bagi kelompok keturunan atau keluarga mereka. Walaupun jelas ianya tiada dalam tuntutan agama Islam. Untuk melunakkan hati, maka diciptalah istilah, pepatah atau perbilangan, bahawa kononnya syarak tetap mengatasi adat dalam kehidupan. Benarkah begitu dalam perlaksanaannya? Atau itu hanya sekadar pengucapan lisan sahaja?


Setelah kedatangan agama Islam, istiadat berjejak tanah diadaptasi ke dalam bentuk yang lebih meyakinkan dan kononnya berciri islamik pula, seperti diiringi dengan majlis doa selamat, marhaban, berzanji dan upacara kebudayaan Melayu lainnya sebagai selingan. Apa jadi jika istiadat tersebut tidak dituruti? Akan adalah ketulahannya, anak ditimpa penyakit, wabak, lemah badannya, kerasukan, kesihatannya lemah dari semasa ke semasa dan lain-lainnya. Kepercayaan ini begitu kental dan mendarah-daging dalam diri kelompok etnik Melayu tertentu yang masih mengamalkannya.


Tengku Lukman Sinar (sekarang Sultan Lukman Sinar Basyar Syah, Kerajaan Serdang di Sumatera Utara) menulis bahawa asal upacara turun ke tanah bermula dari zaman Hindu di mana anak kepada seseorang dari kasta Brahma buat julung kalinya ”diperkenalkan” kepada matahari, diperkenalkan kepada ”ibu” tanah dan ”bapa” air (Sari Sejarah Serdang Jilid 1, 1971).


Apa punca semua ini? Apa kaitan kekuningan dengan daulat, darjat dan martabat raja Melayu? Apakah semua bentuk makhluk Allah itu mampu memberi mudarat kepada kita yang kononnya bergelar ”Khalifah Allah” di muka bumi ini? Kalau kita boleh dengan mudahnya ”dibuli” oleh makhluk tak bernyawa yang berupa kain kuning, baju kuning, destar kuning, kemenyan, segumpal tanah dan sebagainya itu, maka apalah maknanya kita menjadi Khalifah Allah?


Puncanya ialah kerana perjanjian di antara nenek moyang kita terdahulu dengan unsur tak kelihatan yang menjadi sahabat, akuan, dampingan atau pesuruh mereka semenjak zaman Hindu lagi. Unsur apakah itu? Tak lain ialah bangsa Jin yang boleh merupa dalam berbagai bentuk. Dan di kalangan bangsa Melayu, apabila ianya diperolehi secara turun-temurun maka ianya dinamakan ”saka”.


Jin bukan Khalifah Allah, bahkan mereka itu sepatutnya tunduk kepada kita. Tetapi oleh sesetengah kalangan umat manusia, termasuk umat Melayu telah terbalik pula mengangkat martabat Jin melebihi martabat Adam. Berbagai perkara pelik yang ditunjukkan oleh Jin itu disangkanya ”keramat” atau ”daulat” yang sangat-sangat menjadi kebanggaan mereka. Jin yang merupa dalam imej keIslaman seperti berjubah putih/hijau, berserban putih, berjanggut panjang mencecah dada, tasbih di tangan, memberi nasihat-nasihat keagamaan yang enak-enak didengar dan secocok dengan tuntutan agama, maka inilah yang menambah takjub dan sayangnya umat Melayu/Islam terhadap unsur ghaib ini. Dan dalam ilmu persilatan/hulubalang pula, bentuk penjelmaan yang sangat dikagumi dan dibanggakan ialah harimau, sebagaimana yang masyhur di Tanah Kerinci.


Setelah ratusan tahun berlalu, antara Jin sahabat nenek moyang itu ada yang masuk Islam, namun kejadian dan sifat serta tabiat mereka tetap tak bersamaan dengan manusia. Bersabda Rasulullah SAW, bahawa ”sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia!”. Apakah Rasulullah akan menipu kita? Tentulah tidak. Jadi mengapa masih berbangga dengan istiadat lama yang sebenarnya terkandung di dalamnya unsur persahabatan dengan Jin, baik yang kita sedari mahupun yang tidak kita sedari.


Jika tidak dituruti tuntutan istiadat lama tersebut, maka jin-jin inilah yang akan melakukan angkara, mengacau semangat bayi-bayi atau kanak-kanak sehingga jatuh sakit, kerasukan atau seperti orang kurang akal. Jika sudah semenjak kecil diganggu begitu, apakah yang akan terjadi kepada kanak-kanak tersebut menjelang usia dewasa? Tentulah lama-kelamaan fikirannya akan kacau dan seterusnya membawa kepada kurang siuman bahkan gila sekalipun.


Cara untuk menghindari gangguan unsur jahat ini sebenarnya ialah dengan kembali kepada Al-Quran, kerana di dalamnyalah terkandung penawar bagi segala penyakit, zahir dan batin. Tinggalkanlah amalan yang tidak ada sangkut-pautnya dengan keperluan kehidupan kita di muka bumi ini sebagai Khalifah Allah. Nescaya makhluk lain akan tunduk dan gerun kepada kita.


Sepatah kata untuk renungan, apakah dengan melakukan istiadat berjejak tanah itu dapat membentuk kekuatan rohani dan jasmani bagi sang anak supaya dia boleh menjadi pembela Islam suatu hari nanti? Apakah dengan melakukan istiadat tersebut dan dengan adanya ”saka” yang menjadi kebanggaan keturunan itu dapat membantu mengembalikan maruah umat Islam yang tercalar habis di bumi Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan dan Patani?



JAUHAR ALAM SYAH


p/s: Ikutilah cerita di bawah...

1. Kisah dan tauladan bagi yang beriman dan berakal :

Di sebuah negeri di gigi Laut Cina Selatan, di timur Semenanjung pada satu tahun yang tertentu. Seorang pawang terkenal terkumat-kamit membaca serapah, peluh mandi di dahinya. Mukanya berkerut menandakan bukan kepalang serius hal yang sedang dihadapinya saat itu. Asap kemenyan bak gumpalan awan tebal menjulang ke bumbung rumah.


Di hadapan sang pawang, seorang tua yang uzur berat menggelisah. Pada dasarnya dia sudah terlantar lama, tapi kerana sesuatu keadaan tertentu, ada ketikanya dia bingkas pula bangun. Lagaknya bagaikan tak sakit apa-apa pun. Ada kalanya meracau dan melakonkan aksi sang raja rimba, harimau!


Memang pun! Orang tua itu kesurupan, atau kerasukan peliharaan keturunannya sejak zaman silam. Dan orang tua itu pun kononnya mewarisi darah diraja dari sebuah kerajaan Melayu Tua di utara sana. Pawang bersenjatakan kemenyan dan serapah ternyata tak termampu memulihkan keadaan. Nyatalah, belaan si orang tua lebih tangguh daripada belaan sang pawang. Pawang tahu dan boleh nampak, tujuh ekor raja rimba di keliling orang tua tersebut. Bengis dan menanti saat saja mahu menerkam ke arahnya. Daulat raja Melayukah itu? Keramatkah itu?


Kemuncaknya sang pawang yang juga sudah berumur terpelanting ke dinding. Dia tewas. Untung saja nyawanya tak melayang. Dan diluar jangkaan, orang tua yang mahu diubati bingkas bangun mengambil sebilah keris pusaka keturunannya, dijulang dan dikucupnya keris tua tersebut sambil melontarkan kalimat angkuh, ”akulah keturunan raja ................!!”. Serentak itu beliau pun jatuh terkulai dan menghembuskan nafas yang terakhir.


Alangkah sedihnya!! Penghujung nafas seorang Muslim yang sepatutnya ditalkinkan dengan Syahadah Tauhid, telah digantikan dengan lontaran kalimat sombong yang jelas dikawal oleh unsur makhluk yang sombong pula, yang sejak awal dahulu lagi tidak mahu tunduk hormat kepada Adam.


Inikah daulat, inikah keramat keturunan yang menjadi kebanggaan umat Melayu Islam?!

Nauzubillah! La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil adzim!

Mungkin isu ini agak sensitif untuk diperkatakan dan keterlaluan untuk dibincangdebatkan tapi seharusnya kita memandang ia dari sudut positif. Sampai ke manalah kuatnya kita sebagai manusia, ke tanah jualah kita kembali. Pelbagai versi cerita yang selalu kita dengar di mana-mana, mangsa yang pernah tersua berkata yang mereka meremang bulu romalah, tegak kat tengkuklah, yang sana bergayut-gayutlah, terbang kain putih dll. Itu cerita tersua tapi bab saka turunan langsung tak sama, dah namanya saka, mestilah berkait dengan pusaka. Timbul pula pertanyaan dalam diri, mengapa orang-orang kita yang terdahulu suka membela, suka sangat berdamping dengan makhluk halus? Itu cuma sekadar satu lemparan pertanyaan. Janganlah diberatkan sangat,tepuk dada tanya seleralah.

Pernah disebutkan oleh Ibnu Arabi dalam kitab Futuhat di mana ia menjelaskan:

"Adalah orang yang bersekedudukan (bersahabat) dengan Jin itu tidak beroleh ilmu kerana Allah, kerana Jin itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifatNya.

Kadang-kadang orang yang bersahabat dengan Jin itu menyangka semua perkara yang dikhabarkan dan diberitahu oleh Jin itu adalah daripada perkara yang berlaku di alam itu adalah Karamah daripada Allah Taala. Sebenarnya sangkaan mereka itu adalah tidak benar sama sekali.

Kerana segala pemberian Jin kepada manusia tentang khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu permata, akar kayu dan segala khasiat Isim dan huruf itu adalah satu bidang dalam ilmu kimia semata-mata yang juga boleh dipelajari dan diketahui oleh manusia.

Kata Ibnu Arabi lagi:

"Sesungguhnya ramai orang akan bersahabat dengan Jin akan menjadi takbur dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya itu."

Sifat takbur merupakan salah satu sifat yang paling dimurkai oleh Allah dan akan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis RasulNya.

Ringkasnya kita sebagai seorang Islam ditegah daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan para Jin samada Islam mahupun Kafir kerana keburukannya lebih banyak dari yang baiknya. Jin akan sentiasa merasuk dan mendorong manusia melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.

Fakta ni penulis petik dari sebuah buku yang ditulis oleh Hj Ahmad b Hj. Che Din iaitu Sejarah dan Pengaruh Jin di dalam Kehidupan Manusia. Adalah kita masih tidak jelas dengan semua itu? Berapa kali harus diulang-ulang? Mungkin kefahaman akan sampai setelah beribu kali saranan serta nasihat diberikan. Agaknyalah. Sememangnya semua manusia begitu, penulis sendiri pun lebih kurang sama. Alasan yang selalu diterima, kubur kita lain-lain, ikut sukalah! Alahai, kolotnya fikiran. Entahlah...

Eh! Hampir terlupa pula. Tiba-tiba teringat cerita si Hishamuddin Rais (Cuba baca Mastika keluaran Februari). Ada juga rupanya orang beragam begini. Pengakuannya sebagai seorang yang Agnostik menarik perhatian penulis. Katanya dia ada berasa hairan, mengapa orang2 yang tersua dengan hantu ini selalunya bersendirian, di tempat sunyi, di tempat gelap, dalam rumah2 kosong atau di kayu-kayu besar? Dan setiap kali bertemu dengan hantu ini tidak ada pula saksi yang membawa kamera, video atau alat perakam suara. Kenapa hantu tidak muncul pukul 4.30 petang pada hari sabtu di depan air pancut di kawasan bangunan KLCC ketika ribuan anak muda bersantai? Penulis memahami perasaan saudara Hishamuddin Rais. Sudah tersurat dan terbuku niat di hatinya ingin bertemu dengan hantu tapi tidak kesampaian kerana katanya, saya tinggal di sebelah tokpekong besar tidak jauh dari Bangsar. Di belakang rumah saya pula tanah perkuburan Cina. Dan saya sering menyisir - pagi, petang, senja dan malam - di tanah perkuburan Melayu di sebelah Jalan Ang Seng, Brickfields. Tidak pernah saya terlihat kubur berasap kecuali apabila anak-anak mudaberkumpul menghisap ganja dan rokok di atas kubur! Hahaha, lucunya...

Apa kaitan cerita ini sebenarnya? Ada. Besar kaitannya. Fahamilah dan cubalah membuka minda sedalam-dalamnya. Sekian...



Perantara Sidang Oleh: Ampuan Awang
Daripada kerabat baik Seberang
Semasa Mata Masih Mengantuk
Ruang dapur rumah
Teratak Ulu, mukim Binunih
31 Januari 2009
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Lemang Batu Masjid











PENGUSAHA: ZAINUKARAMBRI BIN MOHD NOR

ALAMAT: LOT 8316, KG. PASIR BATU MASJID, 35350 TEMOH, PERAK

TEL: 012-5334462, 016-5031276














Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Papan Tanda MeRaPu ( 1 )

papantanda yang terdapat di lombong hadapan masjid jamek batu masjid

Yang dikatakan merapu sebab tak tahu arahan ni daripada siapa sebenarnya??? Jabatan Perikanan kah atau Pengerusi JKKK kah? Apa pulak fungsi Jabatan Perikanan dalam perkara ni???? Kelakarpun ada....hehehehe....

Lebih merapunya, pada tahun 2004 dulupun papan tanda ni pernah wujud. Tapi ayat lain sikit, tak "power" kut. Ayatnya cuma melarang menjaring ikan sahaja,memancing boleh pulak.Pada tahun 2006 papan tanda tu dah menyembah bumi. Ada ke patut di tambat lembu kat tiang papan tanda tu semasa istiadat qurban pada tahun tu. Jahanam papan tanda tu dikerjakan lembu.

Yang terlebih lebih merapunya, semenjak dari tahun 2004 sampailah sekarang, tak pernah ujudpun projek ternakan ikan tu. Sepanjang tempoh tu tak pernahpun aku nampak aktiviti penternakan samada memberi makan dan memungut hasil. Tak tahulah kut-kut orang lain ada nampak. Lagipun lombong ni kalau musim hujan lebat, airnya akan melimpah masuk ke Sungai Satu seterusnya mengalir ke Sungai Chenderiang. Tak ada pun sekatan dibina dipintu air keluar. Masa tu ikan bebas masuk dan keluar dari lombong ini. Tak ke merapu namanya tu?????

Yang aku sebuk-sebuk tulisni bukannya apa, aku sebenarnya keliru sangat. Aku perhatikan sesiapa sahaja pasti akan menggaru kepala selepas membaca papan tanda merapu ni. Malu pulak rasanya aku kepada orang luar.

Mengapa harus keluarkan peruntukan yang tidak langsung memberikan apa-apa pulangan balik pun. Tidakkah sia-sia namanya tu???

Alangkah baiknya kalau dibina papan tanda memperingatkan penduduk sekitar supaya tidak membuang sampah ke dalam lombong ini. Itu kan lebih berfaedah lagi. Kalau nak berfaedah lagi , gunakanlah peruntukan tu untuk membuat papantanda mengatakan yang Jambatan Lama masuk ke kampung tu dah rosak. Takpun gunakan peruntukan tu untuk menyewa jentera untuk menambak tanah bagi memblok jambatan lama tu. Tak de la merapu.....

lombong ini dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah oleh penduduk sekitar



Jambatan lama dah tak boleh guna oiiiii!!!!!

Ha..sebenarnya ni la cerita yang aku nak bagi tau pun.Sempena dengan Hari Raya yang tak beberapa harinya lagi, tentu ramai yang akan pulang ke kampung halaman. Buat warga Batu Masjid di luar sana, aku nak maklumkan kepada korang dan korang tolonglah sampaikanlah kepada saudara mara yang tak tahu. Jambatan lama tu dah rosak. Tak usahlah digunakan lagi. Yang aku nampak masih ada yang menggunakan laluan tu . Bahaya!!!! JKKK tak nak ambik tahupun, apa lagi nak bagi tau???? Tak ada papan tanda amaran.(sebab perkara ni tak merapu kot..) Adalah sebiji tayar kereta terpakai di letakkan di atas lubang tu. Kalau di lihat dari atas, nampaklah berlubang. Macam tak bahayapun. Tetapi sebenarnya teramat-amatlah bahayanya. Sebenarnya kawasan dalam lingkaran merah tu ( rujuk gambar ), yang tinggal hanyalah lapisan premix dan crusher run sahaja. Adalah lebih kurang 8-12 inci tebal. Kat bawah dah lompong. Tunggu masa dan mangsa saja.

Abutment jambatan ni dah terpecah dua. Satu dah runtuh ke dalam sungai dan satu lagi cuma bertahan dia atas cerucuk kayu sahaja. Pada pendapat aku, jambatan ni dah tak boleh digunakan lagi. Sebab tu lah di bina jambatan baru bersebelahan. Dah tak boleh di perbaiki kerana yang rosak adalah pada bahagian abutment. Kalau bolehpun kosnya lebih tinggi. Jadi, lebih baiklah ditutup sahaja. Apa di tunggu lagi? Nak tunggu ada yang cedera atau terkorban kut????


pemandangan dari arah masuk ke kampung. jambatan lama di sebelah kiri, baru sebelah kanan.




anak panah menunjukkan tanda amaran merapu, hehehe.....bawah tayar tu lah terdapatnya lubang.



dari atas seolah2 lubang ini sahaja yang ujud. nampak macam tak bahaya sangat



lihatlah ketebelan sebenar yang tinggal tergantung. bahaya tak?




kawasan dalam lingkaran nampak cantik dari atas. sebeanrnya kawasan ini hanya setebal 8-12 inci sahaja.



pemandangan bawah jambatan. kawasan dalam lingkaran merah sejajar dengan lubang pada bahagian atas




sebahagian abutment yang masih tinggal. hanya di sokong oleh cerucuk kayu.


sebahagian abutment lagi yang runtuh ke dalam sungai






More AIDILFITRI graphics


More AIDILFITRI graphics
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

SALAM RAMADHAN

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

78 peserta dapat rumah SPNB bersyukur


Dipetik dari berita Sinar Harian

TEMOH
- Penduduk yang berjaya memiliki rumah bantuan Rumah Syarikat Perumahan Negara Berhad ( SPNB ) bagi parlimen Tapah baru-baru ini melahirkan rasa bersyukur dengan bantuan yang diberikan. Sebanyak 58 rumah sudah siap dibina, manakala terdapat 20 buah rumah lagi yang masih dalam pembinaan menjadikannya keseluruhan 78 peserta berjaya mendapatkan bantuan kediaman tahun ini.
Pemilik rumah, Sabariah Karim, 52, berkata, beliau amat bersyukur selepas permohonannya untuk memiliki rumah berjaya menjadi kenyataan. Katanya, permohonan untuk memiliki rumah bantuan ini dilakukan pada tahun 2007 dan berjaya diterima dan rumahnya kini sudah siap untuk diduduki. " Saya berasa gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menjadikan impian saya untuk memiliki sebuah rumah sebagai satu kenyataan. Permohonan telah saya kemukakan pada tahun 2007 dan berjaya dilaksanakan dan rumah ini siap dibina pada Februari lalu," katanya ketika ditemui selepas majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat SPNB di Kampung Tersusun Haji Tahir di sini.
Majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Air Kuning, Datuk Samsuddin Abu Hassan. Seramai 16 pemilik rumah menerima kunci mereka pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Pengurus Besar SPNB Bahagian rumah Mesra Rakyat, Mohd Sharif Rahmat.
Sabariah berkata, dia dan suaminya adalah pesara dan mendiami rumah itu seramai empat orang termasuk dua orang anaknya. "Terima kasih kepada ADUN yang begitu perihatin dengan masalah penduduk seperti kami yang terlalu inginkan sebuah rumah. Kepada semua pihak yang terlibat juga diucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, SPNB dan sebagainya," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Batu masjid, Mat Safran Mat nor berkata, penduduk di Kampung Batu Masjid begitu bertuah kerana seramai 12 antara mereka berjaya memiliki rumah ini. Beliau berkat, keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam membantu rakyatnya yang susah begitu dihargai. "Keprihatinan yang diberikan oleh kerajaan menyaksikan penduduk kini berada dalam keadaan yang selesa dalam menempuh hidup. Syukur kepada Ilahi dengan nikmat yang diberikan kerana kini penduduk sudah boleh merasai nikmat memiliki rumah sendiri dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan," katanya.


Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH MESRA RAKYAT - SLIDE SHOW

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Video Adat Berjojak - BERNAMA News

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Gulai lemak daging & kerabu asam daging

Di petik dari blog M.A.T.A.H.A.R.I.

My mother, being a *Rawa has always introduced us with her gulai lemak in most our meals. Gulai lemak ayam, gulai lemak daging, gulai lemak ikan, gulai lemak nangka, gulai lemak pucuk paku, gulai lemak pucuk ubi dll....

But now days, kekerapan memasak gulai lemak in my family meals - i can catagorized it as "kadang-kadang" - demi menjaga kalori dalam jenis masakan yang dihidangkan:-)

I just wanna share with you - 2 drooling dishes of my mum's best recipes, i.e the Gulai lemak daging & kerabu asam daging. Try them... if you have the time.

*Rawa - suku kaum Melayu Sumatera yang berasal dari Padang, Sumatera. Di Perak, kebanyakannya menetap di Gopeng, Tapah dan Bidor.

GULAI LEMAK DAGING
Santan (pekat dan kemancar) drp 1 - 1 1/2 biji kelapa
3-5 ulas bawang merah
sedikit kunyit hidup
asam keping
3-4 helai daun limau purut
1 kg daging lembu

Daging hendaklah dipotong kiub saiz 2-3 inci. Tumbuk halus bawang merah dan kunyit hidup. Masukkan daging bersama2 santan, bawang merah/kunyit dan daun limau purut dan masak gulak lemak ini hingga daging empuk.Perasakan dengan garam. Setelah daging masak, sejukkan dan hiris ketulan2 daging dan bahagikan kepada dua i.e utk GULAI LEMAK dan KERABU. Hirisan daging utk GULAI LEMAK hanya perlu dimasukkan ke dlm kuah gulai tersebut dan hidangkan.

KERABU ASSAM DAGING
Kerisik
8-10 ulas bawang merah - dimayang halus
halia - dimayang halus
cili padi - ditumbuk lumat
Daging (daripada masakan gulai lemak di atas) yg telah dihiris2
Assam Limau
garam + (sedikit) gula secukup rasa

Gaulkan bersama kerisik, bawang merah, halia, cili padi dan hirisan2 daging dan perah assam limau secukup rasa. Tambahkan garam + gula mengikut citarasa masing2 dan hidangkan.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

my mum's kampung: Gopeng a.k.a Gopenghagen

Dipetik dari blog career & family

My cousin invited us to his daughter's wedding last weekend...where else but at my Omak's kampung. Here, the local dialect is Rao, decendants from a remote region in Padang Sumatra... by the way, Gopeng'hagen' is one of two similar sounded european cities in the state of Perak....the other is Parit or Paree....Get It? hehe, gotta have some sense of humor there...



A few kampongs dotted along the Gopeng-Kampar trunk road where the Rao descendants reside since the turn of the 20th century...my great great grandparents were the early settlers there, they were the people who were attracted to the bustling tin mines then (Kinta Valley, the tin mine centre of the world in its heyday) and also the lucrative rubber plantations. They set up their residential kampongs like Kg Lawan Kuda, Kg Pulai, Kg Gunung Mesah Ulu dan Hilir, Kg Gunong Panjang and Kg Sg Itek. Right up to the Selangor border,there were a few Rao settlements in Bidor, Tapah, Telok Intan, Tg Malim and Kalumpang (Selangor). Northwards they had settlements in Padang Rengas, Selama and of course Penang Island (Leboh Acheh & Kg Rawa). But in Penang, on my father's side, they were businessman who thrived on trades between middle east (haj sheiks) and South east asia. They also involve themselves in publishing and printing activities...i suppose, being educated during those days gives you added advantage.

BTW, Rao calls their mums Omak (emak) or sometimes referred to as ONDAIK. Grandmas are called UCI and grandpas as NINIEK. Favourite dish is GULAI LOMAK, and in any Rao kenduri in my kampung, there will be GULAI LOMAK NANGKO (nangka) and RONDANG Tok...and during Hari Raya, there will be the Rao version of dodol cooked in bamboo known as KELAMAI. Another favourite dish is ASAM DAGIENG. And i would also like to mention here that one of the best tasting durians in the world comes from my mum's kampong in Gunung Mesah & Lawan Kuda.

Some Rao's terms that would describe free time activities would include mengecek, melantak, melalak, berpeleseran but not mengumpek.
Young men is Pajar and young women is Pedusi....
In malay the typical term would be "Lah" as in boleh Lah...but in Rao it would be TANG or PAK EI, SANG etc...eg mengapo TANG kilen ko, mm pak ei, bak pareh borok sang, indo sang ketuen nampak ku....
(if you understand that, you're a true blue Rao-an.

Oh well, the kampong has been replaced by more modern houses now, but the old houses are vacated and dilapidated. I suppose the younger generation tend to move on to the cities where employment is abundant...


Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Orang Rao Di 'Cari Forum'


Ini sebahagian daripada post orang rawa di 'Cari Forum' di dalam thread 'Lagenda, Mitos & Sejarah'. Aku hidangkan di sini post yang ada dialek rawa sahaja. Boleh juga di buat rujukan sebagai kamus bahasa rawa/rao.Thread ni pun dah lama sepi. Post terakhir ialah pada 4/6/2007. Untuk melihat post sepenuhnya bolehlah klik sini.

Undea_2 Post:-
actually pada waktu tersebut kelas kami sedang mengadakan kuiz..so, each group kena bagi nama team untuk di tulis di papan hitam...aku pun suggest la nama 'posuit' kerana aku rasakan perkataan tersebut sesuai untuk dijadikan nama sesebuah kumpulan yang dinamik kerana sebutannya yang sedap didengar dan unik (masa tu aku baru tahu maksud perkataan tu).....sekali bila cikgu aku tu tanya nama kumpulan, yang member aku ni (budak baru pindah dari taiping) pulak dengan bangganya mengumumkan nama kumpulan kami sebagai 'posuit' ..kemudian dengan bangganya jugak dia menerima seliang penampo dari cikgu tu sambil diberikan kata2 aluan oleh cikgu tersebut ... aku yang tergamam dengan tragedi tersebut hanya mampu menjemput rakan2 sekumpulan bergandingan bersama2 untuk berpadu suara meng 'gelak' kan member aku yang tiba2 berkulit putih kemerah2an walaupun sebelum ini beliau sebenonya berkulit tak berapa nak cerah...
info : sheila rusly kata dia berketurunan rawa dalam satu sesi wawancara kat tv3 dulu...:cak:


gopenghagen post:-
ko naya member la undead . anyway beberapa perkataan rawa untuk menambah perbendaharaan kata.

indo tolok : tak larat /mampu
berkerotang : berkerak / berdakii
modar : mati
jontiek : flirty (for men)
tetapak : kasut or slippers
pepajar : budak budak

ini yang mak aku selalu pakai la... jenna & anybody else sila tambah....

sekian Rawa 122 untuk hari ini.. it pays to enrich your word power...


Undead_2 post:-
gopenghagen...sila betulkan kalau aku silap....

nyinyier - nyanyuk
cako/taden - tadi
kilen - kalian/korang
baghandey - berandai/bercakap
siko/sikeh - sini
antara dialog yang aku teringat..

Sessi dialog antara seorang ibu dan seorang anak lelaki sulungnya yang berumur 14 tahun di depan laman rumah mereka..si anak bersama2 gengnya baru saje sampai dari berpoya2 sekeliling kampung....

ibu : 'ke mano juo tang kilen ko?' ( ke mana jugak korang ni pegi?)
anak : 'kami ko sinun taden..indo bulieh baliek...tokopuong dalom ujen' (kami ke
sana tadi...tak boleh balik...terkepung di dalam hujan)
ibu : 'buek apo kilen ko sinun?pogi naik mandi copek..(buat apa korang ke
sana?pegi naik mandi cepat)

maka terkocoh2lah sang anak berlari menuju ke dalam rumah pabila mendengarkan perintah dari ibunda tercintanya..tak semena2 si ibu yang sedang berada di laman terdengar jeritan suara anak bongsunya yang masih kecil dari atas rumah....

ibu : Mengapo tu!!?? (menjerit sambil berlari ke dalam rumah)

Si ibu melihat anak bongsunya itu menangis sebab di 'luku' tang kepala oleh abang sulungnya yang disuruh mandi tadi sambil abangnya itu sedang ketawa mengekek2 di sebelahnya...

ibu : Laaa..mengapo diguguoh pulo budak ko?aku topuok pulo kau kaghang!
(laaa..ngapa dibantai pulak budak ni? aku tampo/tepuk pulak kau
karang)

Maka dengan itu bermulalah adegan pembelasahan anak oleh sang ibu...

gitu le lebih kurang....



gopenghagen post:-
ini mak aku punya jampi bila aku jatuh ke or whatever sbb tak dengar kata

check this out.... pantun dua kerat rawo totok

siku resek siku rosai
sapo melesek dio merosai

makna lesek tu nakal or degil la.. lebih kurang.

kpg aku kalau a girl yg tak di ketahui namanya kitorang panggil tupin, klu lelaki pulak buyuong:


gopenghagen post:-
New rawa word and phrases of the day (Rawa 122) non baku version

kusuok : urut /gosok
cotok : makan (yg ni bahasa kasar sikit la.)
alah paai : phrase when expressing concern or compassion
iko : ini
inun : itu
berkepundak : playing or fooling around in a robust nature
botah : sihat

aku rasa undead boleh tambah lagi :bgrin: and his dramatization of a typical rawa household situation vividly reminds me of my childhood.

di 'lolah' (hambat / kejar) omak ku ngen batang pancieng (pancing)


Undead_2 post:-
tried to recall back good old memories with my rawa buddies....

masa aku dan 2 orang rakan sedang menunggu bas untuk pulang dari bercamping di kuala woh (perkhemahan yang menyedihkan..tin sardin bawak tapi pembukak tin tak bawak...roti,kopi,gula,periuk nasik yang kecik, belerang ada bawak tapi pinggan dengan sudu pulak tak bawak...arghhhh!!) dan bersama2 kami yang turut menunggu bas ialah segerombolan awek2 yang peramah dan cute2 belaka...tapi diorang tu pangkat kakak2 je kat kami..maklum la kami baru form 3...dalam sembang2 tu, sekali aku pun tanya la salah sorang kakak tu yang diorang ni datang dari mana.."Copenhagen' jawab akak tersebut..`ishh..takde rupa orang belanda pon minah ni,'kata aku dalam hati..aku yang kurang alert akan lawaknya itu bertanya lagi 'Copenhagen?kat mana tu?' 'Kat Gopeng la..Gopenghagen..' katanya lagi sambil tertawa..tapi dia bukan gelakkan aku...dia gelakkan mamat yang bawak moto kapcai 5 kupang lampu bulat yang membunyikan hon motornya sambil cuba mengorat dan tersenyum lebar kat kakak2 tersebut sewaktu dia melintasi depan bus stop tu...tapi mamat tu tak sedor yang giginya rongak....kes lupa pasang gigi selepas mandi le gamaknya tu kot..

antara phrase yang aku ingat :

'bak mano tang?' (macamana pulak tu)
'bak kato kao tang..' (memandai aje kamu ni)
'menjontiek sang dio ko' (asyik menggatal aje dia ni)

logar - baling

cth ayat :

(dialog ni diucapkan sewaktu kawan aku tengah hangin satu badan dengan satu orang tua yang selalu menyakat dia...).

'pakcik diom, kang aku logar dongen kayu ni kaghang!' (pakcik diam, karang aku baling dengan kayu ni karang!)

godang - besar (org n9 kata 'gadang')

cth ayat :

(diucapkan ketika terserempak awek2 berdada besar yang luarbiasa)

' Undaikkkk...segodang talom!!' (fuyooooo/mak aiiii...sebesar talam!)


facts : - perkataan tupin pulak pernah menyebabkan aku berdiri di atas kerusi dalam kelas masa subject commerce .. ish..ish...syahdu ..



gopenghagen post:-
perghh.. aku keluar sekejap tadii, balik je dah ada cerita baru.

ko punya story mmg lawak lol marilah kita menambah perbendaharaan kata utk petang ini.

ontok ontok : diam diam
berongak : tegur/ cakap
cth ayat: berang nyo di aku kuak, (marah agaknya dia kat aku) langsuong indo nyo berongak. (sampai xnak bertegur)

undead. story la kes tupin ko tu... sure lawak punya..

masa aku bebudak dulu hotspring kuala woh ni happening jugak.. apa agaknya jadi tempat tu skrg


Undead_2 post:-
'boghapo?' (berapa?)

'sumo limo ghiya onom kupang llimo duik..' (semuanya lima riyal enam puluh lima sen)

tapi sekarang pakai 'ringgiek' (ringgit)

uncle ko memang best!


Undead_2 post:-
orang rawa panggil mak sedara sebagai 'uwo' atau 'wo' (takde kena mengena dengan tajuk album zahid AF tu)

'kilen idak bulieh duduok diom sokojop?molumpek-lumpek bak kogho!!' (korang ni tak boleh ke duduk diam sekejap?melompat2 macam kera!)jerit mak sedara member aku kepada kami yang sedang ber'jamming' kat dalam bilik member aku tu (jamming pakai penyapu(gitar le kununnya tu) , bantal(drum) dan torchlight sebagai microphone)

Undead_2 post:-
aku rasa lebih afdal kalau after Friday prayer...bukannya apa takut masa khatib baca khutbah, ko pulak tergelak sorang2..marah pulak khatib tu nanti....hehehe...

actually takde senario lawak pon sewaktu kejadian tragis itu menimpa diriku...masa subject commerce tu sedang diperdengarkan di dalam kelas, aku masa tu tengah rancak bertekak dengan member sebelah meja aku tu...bukan bertekak pasal apa pon..aku cuma tanya pasal apa gambar hantu Iron Maiden yang dia lukis kat beg sekolah dia tu nampak macam kambing...setahu aku hantu iron maiden mana ada tanduk2 ni sume..sekali member aku tu hangin la pulak..aku pulak dimarahnya...siap kutuk2 aku pulak..sudahnya aku pun hangin le sekali..tak sedar masa tengah bertekak tu suara aku terkuat la jugak sampai ter'overwrite' suara cikgu tu...pastu cikgu tu pulak marah aku...lagi sekali aku hangin...bila dah hangin maka hilang la sekejap akan pertimbangan aku di kala itu dan secara spontannya aku tercakap 'ahhhhh..diam la tupin!!!' kat cikgu ..(tupin tu niickname cikgu aku yang tengah ngajar tu kat kampung dia...kengkawan aku la cakap)..dalam kelas masa tu cuma aku sorang jer yang tak gelak..abih tu apa lagi, berdiri atas kerusi le aku sampai kelas tamat...but seriously, sebaik sahaja aku ungkapkan kata2 tersebut aku start panik ...ye la kan..apa yang aku lakukan sebentar tadi tu dah masuk kategori kurang hajor peringkat haram jadah dah tu...kalau mak bapak aku tau mampoih la aku..ni sume member kambing aku punya pasal la...

tapi cikgu tu tak marah aku lepas kejadian tersebut..dia datang jumpa aku kat lepas kelas tamat dan bagi aku nasihat...cikgu tu memang best!!

perbendaharaan Rawa lagi :

podah (ingin)

cth ayat

'indo ku podah do!' (tak hingin aku)

lek (lebih kurang macam 'ha' la kot..e.g: 'ha..ha..jaga2 cik salmah..ha..ha..kan dah jatuh..ihik..ihik..' kata sarip dol kat cik salmah dalam citer Seniman Bujang Lapok)

cth ayat

'lek..lekk..molangak sang..masuek lungkang pulo nante..(ha...haa..asyik melangak je...masuk longkang pulak nanti!)

to gopenghangen and jenna :

' ghayo sudah kilen ado buek kolamey?' ( raya tahun sudah korang ada buat kelamai?)

kelamai - yang macam lemang tu le...ingredientnya aku lupa la pulak...


gopenghagen post:-
klu aku pun hot jugak aku. nama sikit punya glamour tetiba org teriak tupin... hot jugak ooo.

ini ingredients kelamai, mana tau jenna nak try ke?:cak: bab masak memasak la pulak.

tepong beras, gula merah, santan. kisar tepong beras campur gula merah and santan ( 1 gantang tepong beras : Santan dr 3 biji kelapa plus gula merah secukup rasa) peram semalaman and masuk dlam buluh aur ( bukan buluh lemang) yang disiat kulit arinya. bakar mcm bakar lemang.

indo tolok membuek kelamei laai.. boli sang laa (tak larat nak buat dah, beli aje la)

rawa words of the day



tukiek : jerit
kelayak : siat

e.g
emak : sapo tang tertukiek tuu?.... (siapa terjerit tu)
anak : udin.
emak : apo ti kono adiek kau tu? (kenapa adik ko tu?)
anak: terjelabak tadin..(jatuh tadi) terkelayak kulik lutuit. (tersiat kulit lutut)
emak: tangguong ke la.. (padan muka): melesek juo laai. (sambil mencapai batang ubi utk adegan 'penguguohan' seterusnya)


firebird909 post:-
heheh fly, ingatkan faham....orite orite me kasitau okeh...

warghhhh indo sang kilen cakop kek aku nak buek tompek kek siko...ku tengok taden ramei oghang kito nih, idak beragak lek, haaa bilo dah buek thread to, pepandei la guno yo, bak tau sket oghang lain psal orang Rao ko, kalau indo pupuih toroih budayo kito ko haaa, ponah ku tanyo kengkawe'n aku psal kelamai, surang pon indo tau, ondek, bak mano tang, kok jawo ko banja ko, tau pulak, skarang ko oghang Rao pulak yo, beruntong kilen duduok dokek dokek, sonang ngecek, idak macom aku, jauoh, Singopuro, ado rozoki kemedien aku balik Perak kuak tp indo tontu laei, taden ado surang tu tanyo psal Sempureh, omak aku bagitau sempureh tu macom menyumpah oghang la kuak, tapi jangen disoboit soboit sempureh tu, indo elok katonyo laei, udah la yo, kalo diikoitkan karang berjelo jelo ngecek Rao, indo sudah kerojo kang susah, jumpo laie yo, jago diri kilen...majulah oghang kito oghang Rao!

p/s jangen lupo asal usol kito yo....ingek tu


MAKSODNYER....

warghhh...korang smer tak cakap kat aku pun korang buat post kat sini...tadi aku tengok ramai gak orang kite ni ek, ramai sehh.... haaa bile dah buat thread tu, pepandai la gune ek, biar orang lain tau sket psal orang Rao nih, kalau tak nanti habes pupus terus budaye kite ni haaa....aku pnah tanyer kengkawan aku psal kelamai, sorang pun tatau, amboih, cemaner nih, kalau Jawa, Banjar, dorang tau la plak, skang ni giliran orang Rao plak la ek, untung la korang smer duk dekat-dekat, senang je nak sembang, lainla cam aku, jauh gile, Singapura, ade rezeki nanti aku balik Perak la kot tapi tak tentu lagik, tadikan ade sorang tuh tanyer psal SEMPUREH, mak aku bilang SEMPUREH tu macam menyumpah kat orang la kot, tapi jangan disebut sebut selalu SEMPUREH tu, dia kate tak elok, okeh, takat ni je la kot, kalau diikutkan nanti panjang lebar nak sembang loghat Rao nih, kang tak abes kejer kang susah, jumpe lagi ek, jage diri sumer, .....majulah orang kite...Orang Rao

p/s jangan lupe asal usol kite ek....ingat tuh....

orite FLY, amacam? ada faham ka...ahaks....

fleurzsa post:-
His/Her reasons are: Urang rawo ado pangillan tertonto
Datok => ninik
nenek ( opah ) => uci
Itu semuo dah tau agak nya
bapa saudara sebelah ayah => bapak , misal nya pak usu ...atau pak Sallieh dll
bapa saudara sebelah emak => mamak ( macam juag orang Minagkabau ?
Ibu saudara sebelah ayah => wo , misal nya wo usu tai wo Jeliah atau wo tupin
Ibu saudara sebelah emak => acik ( ini dah biasalah kito dongar , misalnya acik bahyah , acik esah


gopenghagen post:-
Pantun dua kerat Rawo untuk Tupin tupin di Stesen Bas Tapah in the mid seventies...sigh ... i was a teenager then...

Lubuk katak, Jalan Kacu
Apo bongkak dalom baju

Tupin = girl dlam bahasa rawo


guasanding post:-
pantun ayah ako dolu.
batang buruk kayu lapok
buken kontouit tapi punggung batuk.
ako urang gunung mesah tp kinin kek bercham samo ngan akil .kami berkodei cumo jalen rayo jadi pemisah.kami jumpo dikodei sang indo la kerumah pulo maklum memasing sebuk bisnes .diopun jarang ado siko selalu sang ceramah jejauh.

guasanding post:-
firebird909 omak kao asal dari kampung mano ?
fleursza kao dr mano lak ....famos namo yg kamo soboit tu.
bagak =hensem .bagaknyo anak .....ko
urang rawo memang la ado adat tak pijak tanah selagi tak dijejakkan oleh orang


Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

JENAKA RAWA

Penglipurlara: Azmie Awang
emai: azmiekebaq@gmail.com

Seorang ibu bersama anaknya berjalan melewati sebuah kebun sayur kepunyaan seorang wanita berbangsa cina. Terpegun melihat akan kesuburan sayur-sayuran di kebun itu maka si ibu seraya bertanya kepada nyonya cina itu;


Ibu: Banyak subur sayok nya, apa baja pakai?

Nyonya: Taik olang laaa!!!
(tahi orang laa..!!)

Anak: Onteik!!Banyak tang ciriek olang tu mak...!!!
(mak oii!! banyaknya tahi burung helang tu mak!!)

Ibu: Indo tang ciriek olang tu,ciriek urang!!
(bukannya tahi helang tu, tahi orang)

Moral: berhati-hati dengan perbezaan dialek. Bahasa rawa, Burung Helang= "olang". Dalam dialek cina, olang= "orang".

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

UPACARA JEJAK TANAH

dipetik daripada dhiya's FotoPages

AHAD, satu adat yang jarang sekali di adakan pada masa kini iaitu upacara menjejak tanah sepupu Dhiya, Dani & Adib; 14 bulan dan 12 bulan ( semasa upacara diadakan).


Khusus mengetuai upacara ini Hj Mohd Ali B. Dali yang juga berketurunan kesultanan Rawa dibantu oleh isteri Hjh. Zaiton Bt Radin, dijemput khas dari Batu 3,Klang. Upacara ini sekadar adat dan kepercyaan kami ( sebelah mak ) yang berketurunan kesultanan Rawa dengan itu kami mengadakan upacara jejak tanah ini pada setiap anak, cucu dan seterusnya.

Jelas Mohd Ali; Upacara ini diadakan semasa bayi berumur 11 bulan atau 12 bulan dan sudah pandai berjalan. Selagi upacara belum diadakan bayi tidak dibenarkan sama sekali memegang bunga, memijak tanah dan ada sesetengahnya juga percaya bayi tidak boleh memakan ayam dan memakai perhiasan yang diperbuat dari emas. Jika berbuat demikian ditakuti bayi akan menjadi lemah dan sering sakit atau mengalami gangguan mental dan fizikal.

Persediaan – Sebaiknya majlis diadakan pada waktu pagi kerana bayi masih segar, cuacatidak panas dan diadakan pada 1hb – 15hb mengikut kalender Islam.

Bayi dipakaikan inai pada malam sebelum upacara diseluruh jari tangan dan kaki seperti pengantin.

Beberapa bahan diperlukan seperti beras putih, beras kunyit, bertih, tiga jenis bedak sejuk ( kuning/hitam putih ) daun sepenuh, daun puding, 7 jenis bunga, 3 biji limau nipis, 2 ketul ibu kunyit, sebentuk cincin belah rotan dan bagi bayi lelaki sebilah keris.

Bahan-bahan untuk Adib.


Bahan-bahan untuk Dani


Diatas hanparan ditabur 7 jenis bungan, bertih beras & beras putih. Hamparan kemudiannya digulung dan dibacakan doa bagi memulakan acara, kemudian hamparan dibawa keluar dilaman rumah.

Bayi dipakaikan sepasang baju kurung/baju melayu dan bewarna kuning persis seorang raja. Pada pagi itu kali pertama bagi keluarga kami mengadakan upacara ini serentak untuk Dani dan Adib. Dani memulakan upacara ini dan diikuti oleh Adib. Masing2 dipimpin berjalan diatas bunga secara bulatan sebanyak 3 kali,

Selepas itu didudukkan dan Hj Mohd Ali memegang dulang berisi beras,putih,beras kuning, dan bertih untuk dipilih oleh mereka. Air limau direnjis2 pada mereka dan sekali lagi dipimpin berjalan diatas hamparan bunga.

Cincin belah rotan digunakan untuk menconteng dahi, dada, belakang, tangan serta tapak kaki. Kemudianya kaki mereka dijejakkan ke tanah dan badan di calitkan tanah. Dan sekali lagi dibawa berjalan mengelilingi hamparan bunga itu.

Upacara ini iringi dengan bunyi letupan (senapang/mercun) dan gong bagi memeriahkan majlis.

Kemudian mereka dimandikan dengan bedak² sejuk kemudiannya dibilas dan disiram dgn air limau. Selesai mandi mereka disiapkan dan kemudiannya dibawa kedalm rumah. Bacaan doa diadakan sekali lagi dan kemudian mereka dihidangan ayam masak lemak kuning dan nasi kunyit. Bagi mengahiri majlis ini tetamu dijamu dengan jamuan ringan dan diberikan bunga telur sebagai tanda terima kasih kerana sudi datang.

Ini merupakan Upacara yang pertama kami adakan di Kuala Lumpur dan di ketuai oleh Hj Mohd Ali. Sebelum² ini kami mengadakan upacara ini di kampung mak di Ipoh dan diketuai oleh pakcik yg berada disana.

Selepas upacara diadaakan Dani & Adib masih berpantang lagi, tapi kali ini selama 3 hari sahaja.. Mereka tidak boleh lagi terkena tanah dalam tempoh 3 hari. Dan pada hari ke-3 itu mereka perlu mengikuti beberapa peraturan sebelum mereka boleh terus jejak ke tanah. Mereka dibekalkan setiap seorang, batang daun bemban, limau dan ibu kunyit. Sebelum mereka boleh berjalan diatas tanah, Batang daun bemban diukur tinggi mereka dan dipotong mengikut ketinggian mereka. Selepas itu di calitkan dengan ibu kunyit dan kemudian biarkan mereka berjalan dengan batang daun bemban pada air embun yang ada pada runput kemudian lepas kan mereka untuk bermain akhirnya mereka dimandikan dengan air limau.

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

::Jejak Tanah Harris::

di petik dari blog Kesayangan Ayah dan Umi

13hb bulan Julai aritu..famili sebelah umi buat Majlis Jejak Tanah untuk harris..ikut adat Pagar Ruyung..Barang-barang yang perlu ada ialah :-



Bertih

Beras Kunyit

Bunga berwarna-warni (bukan menjalar)

Kain kuning

Payung kuning (digunakan kalau dibuat di luar rumah)

Ayam betina yang masih hidup (untuk baby boy, kalau gurl, ayam jantan)

Ayam panggang

Ibu Kunyit

Tepung beras 3 warna (hitam, putih, merah)

Pulut kuning

Baju kuning

Bunga dan daun gelenggang

Limau purut



Semuanya mesti ada. Mula-mula Nek Lang (Nek Sedara umi yang tau tentang adat ni) membaca doa dari kepala sampai ke kaki.


Harris lepas tu dipimpin pergi ke arah ayah dan umi yang memasing tunggu di hujung kain. 7 kali ulang alik.

Lepas tu satu badan di sapu dengan ibu kunyit. Upacara yang utama pun bermula. Dalam satu pinggan tu ada bunga, pulut kunyit, bertih dan cincin emas.

Tanpa bantuan sesiapa Harris pun memilih pulut kuning. Orang rawa cakap kalau pilih pulut kunyit dia akan murah rezeki. Alhamdullillah.

Misalnya Harris pilih bertih, mulutnya akan pot pet pot pet 24 jam. Kalau cincin dan bunga dia akan jatuh sakit. Jauhkanlah benda yang negatif ni.

Akhir sekali dia dimandikan dengan air limau dan tepung beras yang berwarna-warni tu.

Selesai. Tapi kena gak berpantang tak boleh pijak tanah lagi untuk 7 hari. Kalau gurl 3 hari jer.

Harris dan umi sebelum mula majlis


Kain rentang dengan bunga

Cincin, bunga, pulut kuning dan bertih
Sengih anak umi ni

Nangis sebab lama sangat

Baru rileks


Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

A Tribute to Uci

Di petik dari blog The Scent of Woman

"Grandmas hold our tiny hands for just a little while.....but our hearts forever"
Anonymous

Uci Mahani and I, photo taken during Eidul Fitri 2008 by Pak Long, in Batu Tiga (Temoh), Perak.

Mahani has endured so much pain and turbulence in her life. Now aged 94, she is greatful to Allah for gracing her the strenght and wisdom of a woman. She has endured the greatest fear of a mother when her son and daugther-in-law died in a car crash, less than 1km away from her home. It was very tragic. When the pain of the lost lingers in her mind, she would shed tears, for who could ever endure the death of your child. The bitter sweet memories of feeding your child, changing the diapers and holding his tiny hand when crossing the roads, stab your lonely hearts like a dagger. I know how it feels as I am a mother too.

Uci, as her grandchildren fondly call her, is a Ravanese. I have been told by a friend, who is also a Ravanese, that women of this race are perfectionists. They have also very strong will power and are excellent homemakers. Well, I do not know how far that is true, but it is fair to state here that my Uci possesses all of these qualities. Honestly, I have been so many times reprimanded by Uci for being unladylike, well..what to do, I am only a quarter Ravanese.

Indeed, lessons in life are best acquired through observation. Since young, I have seen Uci managing her family with intelligence and grace. She does not have to be a degree holder to have her children to be very successful in life. She believes in the wholesome goodness of home food and everything homemade. She demands precision in doing house chores as she believes, every virtue starts from home. A mother must sow, in the hearts of her children, the seeds of love and faith to Allah, for that would be the guiding light in life.

I have personally learnt a lot of things from her. Here I would like to share some of them. In order to make it more expressive (as she speaks Ravanese not English), I will try my best to write in Bahasa Melayu with hints of Ravanese.

1. Uci is blessed with beautiful skin, when asked about her secret for having such flawless skin, she replied, "Indo berasio, pakei la bodak sojuk Uci buek ke..". Translation: Mana ada berahsia, pakailah bedak sejuk yang Uci buat tu. Before she became immobile, she used to prepare homemade 'bedak sejuk' . This is done by soaking rice in a clay pot for three years. As she is very particular about cleanliness, she would regularly rinse the soaked rice. Uci's 'bedak sejuk' is perfumed with "Cologne Nyonya Kembar', pandanus leaves and jasmine. She would supply us with her bedak whenever we visit her, but we have to promise not to snack on them. (My mama loves to snack on her bedak sejuk).

2. Never to bathe after 5pm, as she believes it is bad to bathe when it is almost dusk or worst, after dark.

3. On tips to restore the freshness of your vegies in the fridge, she advises, "Kao keno rajen membaluit sayor dongen keroteh, lopeh tu dibungkuih dongen pelestik". Translation: To maintain the freshness of your vegies, you must wrap them up with papers and later wrap them in individual plastic bags. I have improvised this practice by labelling my vegies after wrapping them up.

4. Uci's green coloured syrup is the best in the world. It slates your thirst in so many a hot afternoons.

5. On our effort to reduce sugar and salt in our cookings (in the name of healthy life style), she commented, "Ondek, biya la laki kao maken yang sodop, jangen lah dikurangken gulo atau garom, indo beraso apo-apo teh kao masak..". Translation: You are a lousy cook as your food is tasteless..hahahha. Joking. (Ondek is an expression to indicate surprise).

6. When drying out clothes in the Sun, one must make sure that they are hung according to the types, that is all shirts must be in one line, whereas pants in another. Do not mix everything up. Personally, I do adhere to this. I just hate to see my clothesline unorganized.

7. Leftover rice or pulut must never be thrown away. One must dry it out in the Sun and fry it to become delicious snacks. She believes that it is "berdoso kao membuang nasik".

8. On my wedding day, Uci told me a secret, she said, "Kao Ida, keno bangun copek, toruih mandi, bebodak, jangen kao bagi Sazeli tengok kao bolum mandi rambuit indo bersikek. Potang kao besiop la copek, bilo pulang si Sazeli, jangen memarah..". Translation: Ida, you must wake up early and groom yourself, do not allow Suzalie (my hubby) to see you in a mess. In the evenings, get yourself ready before he is home. When he is home, don't you nag at him. Yea, I am a firm believer in this too.

9. When asked how she maintains such excellent memory despite of her age, she said by reciting the Qur'an daily.

10. Uci cooks the best "ayom masak lomak" in the world. She used to share the recipe, even demonstrated the whole process. But when I tried to cook it at home, it tasted really different..tak sodop..hahaha.

Those are some of the things I've learnt from my Uci, there are other more, but I guess I'd better keep them here in my heart. She has become quite frail now, due to her age. Her memory slips sometimes, but she never forgets me and my hubby. I never get to tell her that I love her so much, the last time I saw her she was down with high fever. Her internal organs are failling, one by one. She is not suffering any sickness or disease, she is holding on to her life like a fighter. This life, she has is a good one, and we are thankful, as she has sown within our hearts the seeds of love that will flourish for generations.

Baca selengkapnya Bagikan

LAMAN KOMUNITI FACEBOOK BATU MASJID

KUMPULAN BATU MASJID DI FACEBOOK

BUKIT BATU MASJID

RAO BERANDAI

NASIB SIBUTA (LEMAN SENDO)

PETA KAMPUNG BATU MASJID

azam2066's map homepage

TARIKH

DEMI MASA

WAKTU SOLAT

CUACA

SAPA MENYAPA


ShoutMix chat widget

BANK ONLINE

Maybank

Public Bank

CIMB Bank

Bank Islam

LINKS

Create your own banner at mybannermaker.com!

iluvislam

Islam grid

Minda Tajdid

Tutorial Blog

Dummies Guide to Google Blogger Beta



NEWS PAPER ONLINE

COMMUNITY BLOGGER