Memaparkan catatan dengan label Batu Masjid. Papar semua catatan

gravatar

Catatan Sejarah bagi Batu Masjid


Sempena cuti umum pertama kali bagi memperingati penubuhan Malaysia bertarikh 16 September 2010 seramai lebih 20 orang bekas murid SK Batu Masjid telah mencatatkan sejarah kerana berjaya menubuhkan Persatuan Bekas Murid SK Batu Masjid, Temoh, Perak akronimnya PENYULUH. Penubuhan organisasi ini penting bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim dalam kalangan bekas-bekas murid yang menetap di seluruh negara.
Ia juga dapat dijadikan wadah bagi menyemarakan lagi kegiatan ilmu, amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan penduduk setempat dan awam. Berikut disenaraikan tenaga penggerak PENYULUH yang begitu komited dan penuh keyakinan bahawa persatuan tersebut akan mampu menyinari langit kemajuan Kg Batu Masjid yang dibuka oleh Lobai Tenggam pada tahun 1895 itu:

Penasihat:
Mohd Safran Mohd Noor (Ketua Kampung / Pengerusi JKKK)
Hj Ismail Hj Salleh (Imam Masjek Jamek Batu Masjid)
Guru Besar SK Batu Masjid

Yang DiPertua:
Hj Zabidin Hj Ismail (Bekas Murid- 1963-1968)
Timbalan Yang DiPertua:
Hj Zainudin Mohd Yusof (Bekas Murid- 1961)
Setiausaha:
Imam bin Abdullah
Penolong Setiausaha:
Said bin Abdullah
Bendahari:
Yunus Adham
Ahli-ahli Jawatakuasa:
Mohd Noor Azam bin Hassan
Hj Mansor Kandati
Hj Abdul Hadi Mohd Said
Shaifol Bahrin bin Hj Razali
Rosli bin Alias
Anuran bin Hj. Ismail
Rubiah binti Ahmad
Pemeriksa-kira:
Shaharuddin Mohd Ali
Abu Kasim Ahmad

PENYULUH ditubuhkan di Sekaolah Agama Rakyat, Kg Tersu\sun Hj Tahir, Batu Masjid tepat jam 11.30 pagi.
You might also like:
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

FACEBOOK PENYULUH


KLIK PADA GAMBAR UNTUK SERTAI
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

FACEBOOK KUMPULAN BATU MASJID



KLIK PADA GAMBAR UNTUK SERTAI
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Berjalan-jalan di Batu Masjid, Temoh, Perak








Ahad 21 Februari 2010, aku berjalan-jalan di Kg Batu Masjid, Temoh yang terletak kira-kira 45km dari Ipoh. Bersua dan bergebang dengan kawan-kawan lama seraya melewati bekas Sungai Pak Ji yang mengimbau banyak kisah silam. Sungai itu banyak menyimpan peristiwa suka dan duka. Kisah di zaman kanak-kanak berlumba-lumba terjun dari tebing, kemudian berenang ke hilir. Apabila hujan petang, air sungai itu membuak dan melimpah ke tebing dengan membawa beberapa ekor ikan malih, putih dan terobol ke sebuah paya. Aku sempat menggagau untuk lauk makan malam.

Sungai Pak Ji menjalar dan menghilir berliku-liku dari Kg. Batu 3 Temoh, melewati Kg.Tanah Seribu dan Kg Terendam ke Ayer Kuning. Jernih dan bening, jika tidak hujan di hulu atau dikocak budak-budak. Musim panas begini, airnya dingin dan menyejukkan badan jikalau berendam. Di tahun-tahun pra merdeka hingga pertengahan 60-an, di sini lah anak-anak Batu Masjid membasuh pakaian, mandi-manda hatta mengambil wuduk. Sungai ini bagaikan denyut nadi mereka. Sungai ini bagaikan penyambung kasih teruna dara. Sungai ini adalah nikmat dari Tuhan!

Namun kini ia tidak lagi berdenyut dan bernadi. Dia sudah lama mati. Airnya tidak lagi mengalir tetapi hanya berlompak kekeringan. Sungai Pak Ji sudah hilang entah ke mana. Aku telah berpuluh tahun meninggalkan sungai ini semenjak peristiwa kakakku (berusia 6 tahun) tersembam di tebingnya. Dia terbunuh dihentak sepohon kayu yang patah tengah. Kejadian itu berlaku pada tengah hari dan aku sama-samanya memanjat tebing cuba melarikan diri apabila tiba-tiba terdengar bunyi rak, rak, rak!. Kakak tidak sempat ke daratan apabila pohon kayu yang patah tengah itu menghempap kepalanya. Darah merah tersembur dan merecik membasahi seluruh tubuh yang terbujur kaku. Uwah (emak saudara) yang sedang membasuh kain di sebelah tebing sana, berlari sambil menjerit minta tolong. Sekelip mata ramai anak-anak Kg Tanah Seribu mengerumuni tebing Sungai Pak Ji. Peristiwa hitam ini masih melekat di benak dan di mataku. Masih terbayang di ruang mata.

Pada tahun 1964, kami sekeluarga pindah jauh dari Sungai Pak Ji tetapi masih di Kg. Batu Masjid juga. Sungai itu dengan perlahan dan amat perlahan kami lupakan. Tidak juga kami, anak-anak Batu Masjid pun begitu. Peristiwa hitam itu semakin dilupakan kerana orang-orang tua sudah ramai yang meninggal dunia, namun sejarah tidak pernah mati. Sejarah akan hidup sampai bila-bila dan mekar di langit zaman.

Hari ini aku melewati sejarah itu. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Acap kali juga kenangan lalu itu mengusik ketenangan hati ini!

__________
nota: Kg Batu Masjid mendapat nama berasaskan jumpaan batu besar yang menyerupai sebuah masjid. Ia dibuka pada tahun 1885 Masehi oleh sekumpulan orang tanah seberang di kalangan orang-orang Rao, Sumatera Barat yang diketuai oleh Lebai Tenggam. Sila rujuk buku Batu Masjid untuk keterangan lanjut. Foto di atas adalah batu yang dikatakan menyerupai sebuah masjid ketika dijumpai lebih seratus tahun yang silam.



Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

MAJLIS IBADAH KORBAN 2009

Koleksi foto sekitar majlis ibadah korban tahun 2009 di Kampong Batu Masjid





KLIK SINI UNTUK MELIHAT KOLEKSI FOTO



korban 2009







Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Lemang Batu Masjid











PENGUSAHA: ZAINUKARAMBRI BIN MOHD NOR

ALAMAT: LOT 8316, KG. PASIR BATU MASJID, 35350 TEMOH, PERAK

TEL: 012-5334462, 016-5031276














Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Papan Tanda MeRaPu ( 1 )

papantanda yang terdapat di lombong hadapan masjid jamek batu masjid

Yang dikatakan merapu sebab tak tahu arahan ni daripada siapa sebenarnya??? Jabatan Perikanan kah atau Pengerusi JKKK kah? Apa pulak fungsi Jabatan Perikanan dalam perkara ni???? Kelakarpun ada....hehehehe....

Lebih merapunya, pada tahun 2004 dulupun papan tanda ni pernah wujud. Tapi ayat lain sikit, tak "power" kut. Ayatnya cuma melarang menjaring ikan sahaja,memancing boleh pulak.Pada tahun 2006 papan tanda tu dah menyembah bumi. Ada ke patut di tambat lembu kat tiang papan tanda tu semasa istiadat qurban pada tahun tu. Jahanam papan tanda tu dikerjakan lembu.

Yang terlebih lebih merapunya, semenjak dari tahun 2004 sampailah sekarang, tak pernah ujudpun projek ternakan ikan tu. Sepanjang tempoh tu tak pernahpun aku nampak aktiviti penternakan samada memberi makan dan memungut hasil. Tak tahulah kut-kut orang lain ada nampak. Lagipun lombong ni kalau musim hujan lebat, airnya akan melimpah masuk ke Sungai Satu seterusnya mengalir ke Sungai Chenderiang. Tak ada pun sekatan dibina dipintu air keluar. Masa tu ikan bebas masuk dan keluar dari lombong ini. Tak ke merapu namanya tu?????

Yang aku sebuk-sebuk tulisni bukannya apa, aku sebenarnya keliru sangat. Aku perhatikan sesiapa sahaja pasti akan menggaru kepala selepas membaca papan tanda merapu ni. Malu pulak rasanya aku kepada orang luar.

Mengapa harus keluarkan peruntukan yang tidak langsung memberikan apa-apa pulangan balik pun. Tidakkah sia-sia namanya tu???

Alangkah baiknya kalau dibina papan tanda memperingatkan penduduk sekitar supaya tidak membuang sampah ke dalam lombong ini. Itu kan lebih berfaedah lagi. Kalau nak berfaedah lagi , gunakanlah peruntukan tu untuk membuat papantanda mengatakan yang Jambatan Lama masuk ke kampung tu dah rosak. Takpun gunakan peruntukan tu untuk menyewa jentera untuk menambak tanah bagi memblok jambatan lama tu. Tak de la merapu.....

lombong ini dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah oleh penduduk sekitar



Jambatan lama dah tak boleh guna oiiiii!!!!!

Ha..sebenarnya ni la cerita yang aku nak bagi tau pun.Sempena dengan Hari Raya yang tak beberapa harinya lagi, tentu ramai yang akan pulang ke kampung halaman. Buat warga Batu Masjid di luar sana, aku nak maklumkan kepada korang dan korang tolonglah sampaikanlah kepada saudara mara yang tak tahu. Jambatan lama tu dah rosak. Tak usahlah digunakan lagi. Yang aku nampak masih ada yang menggunakan laluan tu . Bahaya!!!! JKKK tak nak ambik tahupun, apa lagi nak bagi tau???? Tak ada papan tanda amaran.(sebab perkara ni tak merapu kot..) Adalah sebiji tayar kereta terpakai di letakkan di atas lubang tu. Kalau di lihat dari atas, nampaklah berlubang. Macam tak bahayapun. Tetapi sebenarnya teramat-amatlah bahayanya. Sebenarnya kawasan dalam lingkaran merah tu ( rujuk gambar ), yang tinggal hanyalah lapisan premix dan crusher run sahaja. Adalah lebih kurang 8-12 inci tebal. Kat bawah dah lompong. Tunggu masa dan mangsa saja.

Abutment jambatan ni dah terpecah dua. Satu dah runtuh ke dalam sungai dan satu lagi cuma bertahan dia atas cerucuk kayu sahaja. Pada pendapat aku, jambatan ni dah tak boleh digunakan lagi. Sebab tu lah di bina jambatan baru bersebelahan. Dah tak boleh di perbaiki kerana yang rosak adalah pada bahagian abutment. Kalau bolehpun kosnya lebih tinggi. Jadi, lebih baiklah ditutup sahaja. Apa di tunggu lagi? Nak tunggu ada yang cedera atau terkorban kut????


pemandangan dari arah masuk ke kampung. jambatan lama di sebelah kiri, baru sebelah kanan.




anak panah menunjukkan tanda amaran merapu, hehehe.....bawah tayar tu lah terdapatnya lubang.



dari atas seolah2 lubang ini sahaja yang ujud. nampak macam tak bahaya sangat



lihatlah ketebelan sebenar yang tinggal tergantung. bahaya tak?




kawasan dalam lingkaran nampak cantik dari atas. sebeanrnya kawasan ini hanya setebal 8-12 inci sahaja.



pemandangan bawah jambatan. kawasan dalam lingkaran merah sejajar dengan lubang pada bahagian atas




sebahagian abutment yang masih tinggal. hanya di sokong oleh cerucuk kayu.


sebahagian abutment lagi yang runtuh ke dalam sungai






More AIDILFITRI graphics


More AIDILFITRI graphics
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH MESRA RAKYAT - SLIDE SHOW

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

"Taman Angkat" Komuniti Bestari Mukim Chenderiang

Di petik dari blog japenPK

Pentadbiran daerah Batang Padang yang diketuai oleh Pegawai Daerah, YBhg Dato' Hj Md Damiri bin Md Sairi telah sudi mengistiharkan bahawa Taman Tasek Temoh yang terletak di Kg.Batu Masjid, 5km dari Tapah sebagai Taman Angkat kepada Komuniti Bestari (KB) Mukim Chenderiang. Hari bersejarah itu berlangsung jam 9.30 pagi pada 16 November 2008 dalam satu majlis berwarna-warni serta dihadiri kira-kira 5000 pengunjung termasuk ahli-ahli KB seluruh Perak.

Pengarah Penerangan Perak, Hj Abdullah Mohd Ariff dalam ucapan aluan menyifatkan bahawa pengistiharan tersebut melambangkan kepercayaan dan keyakinan Pegawai Daerah terhadap kemampuan, kesungguhan serta komitmen KB Mukim Chenderiang terhadap aspek penyelenggaraan Taman Tasek Temoh. Sekaligus menggambarkan bahawa kewujudan KB yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan di sesuatu mukim itu telah mendapat tempat di hati pentadbiran daerah.

Kemajuan Komuniti Bestari Perak

Justeru pada hari yang bersejarah bagi perkembangan dan kemajuan KB di Perak, Urus Setia Komuniti Bestari Negeri dan Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang, Tapah telah mengadakan program Perhimpunan Keluarga Komuniti Bestari Negeri Perak dengan agensi Kerajaan / swasta secara bersepadu serta dikelolakan beberapa KB di daerah Batang Padang. Selain pameran Rukun Negara Jabatan, 15 agensi kerajaan turut mengadakan pameran, 10 buah KB memasar dan mempamerkan produk masing-masing serta pihak swasta mengambil bahagian mengadakan "grand-sale".
Program ini turut dimeriahkan dengan beberapa acara seperti Sukan Air (kelolaan Pejabat Belia dan Persatuan Rekreasi Tapah), Sukan Rakyat (KB Tapah), Pertandingan Memasak Ikan Sungai (Jabatan KEMAS), Pertandingan Gubahan (KB Chenderiang), Sukan Kanak-kanak, Mewarna dan Pakaian Beragam (KB Bidor), Pertandingan Memancing (KB Tapah), Senamrobik (KB Sg. Klah), Sepak Raga Tuju, Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik, Teka Biji Betik dan Kenduri Kampung (Kg. Batu Masjid).

Pohon Kenangan

Program sehari suntuk itu diserikan dengan perasmian pluq peristiharan "Taman Angkat" oleh YBhg. Dato' Md Damiri serta diikuti menanam empat batang pohon kenangan iaitu pokok nangka yang menjadi trade-mark Kg. Batu Masjid. Pohon-pohon kenangan itu ditanam-rasmi oleh Pegawai Daerah, Pengarah Penerangan Negeri, ADUN Ayer Kuning, YB. Dato' Shamsudin serta ADUN Chenderiang, YB Dr Mah.

Seniman Kampung

Pada 15 November 2008 penduduk-penduduk Kg Batu Masjid (dalam Mukim Chenderiang) telah bergotong-royong menyembelih seekor kerbau balar dan malamnya petugas serta krew PENTARAMA dijamu dengan sop tulang sambil menyaksikan persembahan PENTARAMA yang menerima sambutan hangat daripada lebih 1000 orang penonton. Kegembiraan penduduk tempatan jelas terbayang apabila empat orang "seniman kampung" turut mendendangkan lagu-lagu pop 60-an iringan pancaragam PENTARAMA.
Penduduk kampung mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Timbalan Ketua Pengarah Penerangan, YBhg. Dato' Hj Selamat Sukimi kerana membenarkan PENTARAMA berkunjung ke kampung mereka buat pertama kali dalam sejarah.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Hj Tahir Lebai Tenggam menjadi Ketua Kampung Batu Masjid hampir separuh abad

Dipetik dari blog sekondakhati



Apabila pembuka dan ketua Kg Batu Masjid, Lebai Tenggam yang berasal dari Rao Sumatera Barat itu, diserang lumpuh pada tahun 1915 ketika berusia 40 tahun, anakandanya bernama Tahir “diangkat” penduduk kampung sebagai memangku jawatan itu. Kenapa Tahir dan tidak pula seorang lagi anak lelaki Lebai Tenggam iaitu Taib. Tiada maklumat tentang perkara ini. Sebenarnya Lebai Tenggam memiliki lima orang anak; tiga perempuan – Minah, Zainab dan Robaiyah. Lelaki pula dua orang iaitu Tahir dan Taib.

Hj.Tahir ketika mula memangku jawatan ketua kampung berusia 12 tahun. Pun begitu Allahyarham menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi walaupun masih terlalu muda. Keterangan Abdul Salam (anak saudara Hj Tahir . Meninggal dunia tahun 2003) menyebut Hj Tahir ketika seusia itu sudah boleh memimpin bacaan doa, tahlil, yasin serta kerap dijemput apabila penduduk mengadakan kenduri-kendara. Hj. Tahir telah bersedia mengantikan peranan yang sebelum ini dilaksanakan oleh Lebai Tenggam.

Dia mendapat pendidikan terutama bidang keagamaan daripada ayahnya, Lebai Tenggam secara tidak formal. Di samping berguru dengan bapanya, dia juga rajin menelaah kitab dengan bimbingan Lebai Tenggam. Dia sudah bergelar haji semenjak kecil lagi dan kali kedua pula pada tahun 1974 dengan menaiki kapal laut dari Pelabuhan Pulau Pinang.

Hj Tahir memangku jawatan ketua kampung selama 13 tahun. Apabila Lebai Tenggam meninggal dunia pada tahun 1928, Hj Tahir terus dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung Batu Masjid sehingga melepaskan jawatan tersebut pada tahun 1975 sesudah berkhidmat selama 47 tahun. Satu-satunya rekod perkhidmatan sukarela paling panjang yang pernah diberikan oleh seorang ketua kampung di negeri Perak malah di Malaysia.

Sepanjang tempoh sebagai ketua kampung, Hj Tahir pernah menjadi guru agama di SK Batu 3, Temoh serta berdakwah ke Tapah dan di kampung-kampung yang berada dalam Mukim Chenderiang. Menurut keterangan Hjh Habshah 73 (anak saudara Allahyarham), ketika berdakwah serta mengajar agama di Tapah, Hj Tahir hanya berbasikal seorang diri. Allahyarham juga pernah menjadi imam masjid Batu Masjid serta mengadakan kelas fardu ain, mengaji quran boleh dikatakan setiap hari tanpa gaji selama berpuluh-puluh tahun. Pendek kata hampir seluruh penduduk kampung adalah bekas anak murid Hj Tahir sama ada mengikuti kelas fardu ain bagi orang dewasa atau mengaji quran bagi kanak-kanak.

Sebab itulah Hj Tahir amat dihormati oleh setiap lapisan umur. Mereka menghormati beliau kerana sifat zuhud, tawaduk serta kealiman yang ada pada dirinya. Penulis merasai pengalaman luar biasa suatu hari apabila terserempak dengan Hj Tahir di jalanan, tiba-tiba sahaja penulis memberhentikan basikal dan turun berdiri seolah-olah memberi hormat kepada Hj Tahir. Tindakan ini dibuat tanpa arahan sesiapa; tidak semena-mena terjadi demikian rupa.

Satu lagi yang penulis kesani ialah tidak seorang pun penduduk Batu Masjid tegar dan berani memanggil namanya melainkan Pak Ji bagi dewasa atau Ninik Aji bagi kanak-kanak. Ini tiada siapa yang mengajar atau memaksa melainkan amalan yang diamalkan turun temurun, seolah-olah menjadi undang-undang tidak bertulis.

Barangkali Allah s.w.t telah berikan karamah kepada Allahyarham yang sentiasa mendampingi-Nya setiap masa. Rutin hariannya, berdakwah, mengajar, mengimami solat, sesekali mengetuai bacaan doa selamat dalam majlis kenduri anak-anak buahnya, menelaah kitab kuning dan iktikaf di masjid. Dia bersolat subuh di masjid kemudian iktikaf sehingga waktu dhuha. Dan, pada hari arwah meninggal dunia sekitar bulan Mac 1978, dia sempat minum di kedai kopi Yusuf Che’ Din selepas solat dhuha, kemudian balik ke rumah mengadu sakit perut kepada isterinya, Hjh Halimah. Isterinya memberikan minyak angin dan Hj Tahir berbaring di katil dengan mengusap minyak angin itu pada perutnya dan tidak lama kemudian dia pun menghembuskan nafas terakhirnya dengan senang dan tenang.

Kerana memiliki ilmu agama yang tinggi, arwah pernah dilantik oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai salah seorang anggota majlis ulama negeri yang sifatnya seperti majlis fatwa jika menggunakan istilah sekarang. Dan arwah mempunyai ramai kawan yang sepertinya berdakwah dan mengajar agama; antaranya ialah Tuan Guru Yeop Majlis (Lambor), Tuan Guru Hj Shafei dan Tuan Guru Hj Yunus (Tualang Sekah). Mereka sering berbahas mengenai tajuk-tajuk tertentu dalam bidang agama untuk kepentingan masyarakat Islam.

Hj Tahir memimpin Batu Masjid dengan penuh berhemah. Dia pernah menjadi Ketua Cawangan UMNO Batu Masjid tetapi di waktu yang sama arwah tidak pula menentang penubuhan ranting PAS di kampung tersebut. Malahan ada ketikanya pada sekitar tahun 60-an, ada segelintir penduduk cuba membawa masuk pengaruh DAP dan berura-ura untuk menubuhkan cawangan tetapi Hj Tahir tidak melarang atau bertindak menentang sebaliknya kerana berasa malu mereka membatalkan niat untuk menubuhkan cawangan DAP di Batu Masjid. Namun demikian PAS tetap bertapak dan masih kekal hingga sekarang.

Hj Tahir tidak terlalu taksub dengan mana-mana ideologi parti politik partisan sebaliknya memberikan kebebasan kepada anak buahnya untuk memilih parti mengikut keyakinan masing-masing. Justeru walaupun ada dua parti di Batu Masjid tetapi ukhwah dan silaturrahim di kalangan penduduk kian erat, contohnya mereka berganding bahu dan bersatu tanpa mengira parti masing-masing apabila ada kematian, kenduri kendara serta acara gotong royong yang membabitkan kepentingan masyarakat.

Sesungguhnya Batu Masjid masih kehilangan permata ini walaupun sudah tiga dekad Allahyarham menetap di alam barzah. Sebab itulah pada suatu hari sekitar tahun awal 90-an ada seorang anak muridnya datang ke Batu Masjid untuk menemui gurunya sedangkan arwah sudah lama meninggalkan alam yang fana ini. Mereka sebenarnya masih merasakan kehilangan sesuatu. Al-Fatihah buat Ninik Aji.

____
Nota:

1. Pak Aji - panggilan hormat orang Rao kepada seseorang berkedudukan bapa yang telah menunaikan fardu haji daripada mereka yang bertaraf anak kepadanya.
2. Ninik Aji- panggilan hormat orang Rao kepada seseorang tua lelaki berkedudukan datuk / wan yang telah menunaikan fardu haji daripada mereka yang bertaraf cucu kepadanya.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Mitos Masjid Batu

Dipetik dari buku: Batu Masjid Permata Kami, tulisan Zabidin Hj Ismail

Menurut cerita orang-orang tua dahulu kala, masjid batu ini mempunyai kisah menarik tatapi kebanyakannya berunsurkan mitos. Pada zaman bahari, dari masjid batu ini kedengaran azan dilaungkan setiap kali masuk waktu solat fardhu. Aneh benar kerana dari pandangan mata kasar tiada seorang manusia pun yang mendiami gua gelap dan menggerunkan ini. Apatah lagi nak solat seorang diri. Malahan bilal yang melaungkan azan itu pun tidak kelihatan.Ada setengah mendapat mengatakan gua tersebut tempat tinggal orang halus atau bunian tetapi ada pula yang mendakwa kediaman jin islam.

Satu lagi cerita aneh yang menyelubungi misteri masjid batu ini ialah kemurahan hati bunian atau jin islam menyedia dan meminjamkan pinggan mangkuk setiap kali diseru oleh penduduk Kampung Batu Masjid. Hairan, bagaimanakah pinggan mangkuk itu disediakan; selepas diseru secara tiba-tiba sahaja peralatan tersebut tersedia di muka gua. Ambillah tanpa ragu bimbang yang penting ikut syaratnya; setelah digunakan hendaklah dipulangkan segera walaupun ada yang cacat dan pecah.

Namaun begitu keanehan ini tidak kekal lama kerana ada peminjam yang tidak amana; liat untuk memulangkannya. Balasannya; serulah sekuat mungkin tetapi perlatan hidangan itu tidak jua kunjung tiba. Semenjak peristiwa itu, penduduk kampung tidak lagi mengunjungi masjid batu itu dan secara perlahan-lahan ditinggalkan begitu sahaja. Apatah lagi kawasan kampung sudah lama berganjak jauh ke dalam, yang dikenali sebagai Tanah Seribu.

Lama selepas itu, kira-kira pada waktu zaman BMA, masjid batu itu mengalami kemusnahan akibat kerakusan penjajah British mengebomnya dan pecahan batu-batu tersebut diangkut untuk bahan turapan jalan raya. Semenjak itu kisah dan mitosnya lenyap ditelan zaman.

Lokasi asal masjid batu ini diyakini tidak dijadikan tapak penempatan kekal melainkan kawasan berladang dan berkebun sahaja. Ini terbukti kini kawasan tersebut diseliputi hutan banat dan tiada langsung puing-puing kediaman atau artifak peninggalan generasi terdahulu yang boleh dijadikan bahan rujukan dan kajian sejarah awal kewujudan Batu Masjid kecuali beberapa makam terbiar.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

AKTIVITI MEMANCING DI KG BATU MASJID

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

MEMANCING DI TAMAN TASEK TEMOH

Lokasi Taman Tasek Temoh adalah bertentangan dengan simpang masuk ke Kampung Batu Masjid. Taman Tasek Temoh telah di rasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli B. Ghazali, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 13 November 2007. Pada 16 November 2008 ianya telah disytiharkan sebagai “Taman Angkat” Komuniti Bestari Mukim Chenderiang oleh Y. Bhg. Dato’ Hj. Md. Damiri B. Md. Sairi selaku Pegawai Daerah Batang Padang.

Pada pertengahan Januari 2008, Majlis Daerah Tapah telah mewartakan tasek ini sebagai Pusat Reakreasi Memancing. Segala aktiviti penagkapan ikan seperti menjaring dan menjala adalah dilarang sama sekali. Spesis ikan yang terdapat di tasek ini ialah ikan peacok bass (ikan raja), rohu, keli afrika,haruan,tilapia,balida, puyu,tongsan dan lampam jawa.

bagi kaki-kaki pancing yang ingin memancing peacock bass bolehlah ke sini seawal-awal pagi kerana ikan ini akitif sebaik sahaja matahari terbit. Kaedah yang efektif untuk menjerat spesis ini ialah dengan kaedah memancing menggunakan pelampong. Umpan terdiri daripada udang gantung atau ikan pinpin. Umpan dibaling dan dikarau secara perlahan. Bagi peminat casting bolehlah menguji soft plastic lure atau gewang anda di sini.

Usah risau tentang sarapan pagi atau makan tengahari, kerana di persimpangan masuk ke Kampung Batu Masjid terdapat warung untuk anda menjamu selera. Pada setiap hari Ahad, bermula dari jam 3 petang sehingga lewat 7 malam diadakan jualan “Pasar Malam” di Dataran Taman Tasek Temoh ini.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

KUNJUNGAN KE BUKIT BATU MASJID

Tanggal 26 januari 2009 yang lalu jam 3 petang, saya bersama-sama Jari Basurek, Abang Soid, Abang Yunus dan Abu telah pergi ke Batu Masjid iaitu tempat asal Kampung Batu Masjid mendapat nama. Kawasan asal dimana Lebai Tenggam dan pengikutnya memulakan penerokaan Kampung Batu Masjid.

Tersergam indah di hadapan kami sebuah bukit batu yang diselaputi oleh tumbuh-tumbuhan. Panjangnya lebih kurang 60 meter dan lebar 20 meter. Adalah amat menghairan sekali kerana tanah disekelilingnya merupakan tanah pamah dan bukann
ya kawasan berbukit bukau. Ianya terletak di penjuru sempadan empat lot tanah. Pada sebelah hadapan arah laluan kami masuk ialah kebun kelapa sawit, begitu juga di sebelah kiri dan kanan. Pada sebelah belakangnya terdapat kebun getah terbiar yang ditumbuhi semak samun. Oleh kerana itu, atas faktor-faktor keselamatan kami hanya meninjau di sebelah hadapan, kiri dan kanan sahaja.
Di hadapan sebelah kanan ter
dapat sebuah kuil hindu berskala kecil yang didirikan oleh penganut hindu dari kawasan berhampiran. Saya sempat juga bertanya pada En. Kumar salah seorang rakan saya yang menetap di Banir Estate tentang bagaimana kuil ini boleh ujud di kawsan tersebut. Menurutnya, kuil tersebut didirikan oleh seseornag yang mendapat hasil habuan nombor ekor setelah membuat pemujaan di kawasan tersebut beberapa tahun yang lampau.
Di sebelah hadapan bertentangan dari arah kami datang terdapat sebuah batu yang berdiri kukuh dan ditumbuhi oleh pokok Ara di atasnya. Ketinggiannya lebih kurang 10 meter. Terdapat juga petanda pemujaan dilakukan di pangkal kawasan batu ini. Permukaan batu ini menunjukkan bahawa batu seklilingnya telah dipecahkan. Seperti yang dituliskan oleh jari basurek dia dalam bukunya (Batu Masjid Permata Kami Setelah Seratus Tahun Berlalu), batu ini telah diroket oleh pehak british pada zaman BMA untuk membuat jalanraya. Menurut En. Kumar juga terdapat kemalangan jiwa semasa kerja-kerja kuari dijalankan di kawasan ini sehingga memaksa kerja-kerja tersebut diberhentikan. Menurut En. Kumar lagi, kawasan ini “kuat”. Dibelakang batu yang menegak itu terdapat sebuah pintu gua yang menurun ke bawah. Di pintu masuk terdapat kesan laluan binatang liar. Kesan yang tidak mempunyai tapak kaki, hanya seperti badan yang di seret sahaja. Seolah-olah laluan seekor ular sawa yang besar.
Melihat pada keadaan batu yang telah
dipecahkan semasa kerja-kerja kuari dijalankan pada masa lalu, terdapat tekstur batu seakan stalagtite dan stalagmite. Ini menunjukkan bahawa ianya seolah-olah sebuah gua yang telah dipecahkan. Abang yunus mengangkat seketul serpihan batu sebesar pingan makan dan menimbang-nimbang ditapak tangannya dan memperkatakan kepada saya bahawa batu ini berat. Berbeza dengan batu dari kawsan lain. Saya pun cuba mengangkat batu tersebut. Ternyata ketumpatan batu ini lebih kurang dua kali ganda dari batu lain seolah-olah ianya seketul timah.
Selepas satu setengah jam bera
da di kawasan tersebut kamipun berdedar meninggalkan Batu Masjid dengan beberapa persoalan yang tak terjawab. Masih banyak yang perlu dirungkaikan dan dikaji lagi. Tapi siapa yang berani atau mahu mengkajinya? Dan sampai bilakah batu itu akan kukuh berdiri di situ ? Atau ianya akan menjadi sebuah Kuil Mega?
Baca selengkapnya Bagikan

LAMAN KOMUNITI FACEBOOK BATU MASJID

KUMPULAN BATU MASJID DI FACEBOOK

BUKIT BATU MASJID

RAO BERANDAI

NASIB SIBUTA (LEMAN SENDO)

PETA KAMPUNG BATU MASJID

azam2066's map homepage

TARIKH

DEMI MASA

WAKTU SOLAT

CUACA

SAPA MENYAPA


ShoutMix chat widget

BANK ONLINE

Maybank

Public Bank

CIMB Bank

Bank Islam

LINKS

Create your own banner at mybannermaker.com!

iluvislam

Islam grid

Minda Tajdid

Tutorial Blog

Dummies Guide to Google Blogger Beta



NEWS PAPER ONLINE

COMMUNITY BLOGGER