
KUNJUNGAN KE BUKIT BATU MASJID

Tersergam indah di hadapan kami sebuah bukit batu yang diselaputi oleh tumbuh-tumbuhan. Panjangnya lebih kurang 60 meter dan lebar 20 meter. Adalah amat menghairan sekali kerana tanah disekelilingnya merupakan tanah pamah dan bukannya kawasan berbukit bukau. Ianya terletak di penjuru sempadan empat lot tanah. Pada sebelah hadapan arah laluan kami masuk ialah kebun kelapa sawit, begitu juga di sebelah kiri dan kanan. Pada sebelah belakangnya terdapat kebun getah ter

Di hadapan sebelah kanan terdapat sebuah kuil hindu berskala kecil yang didirikan oleh penganut hindu dari kawasan berhampiran. Saya sempat juga bertanya pada En. Kumar salah seorang rakan saya yang menetap di Banir Estate tentang bagaimana kuil ini boleh ujud di kawsan tersebut. Menurutnya, kuil tersebut didirikan oleh seseornag yang mendapat hasil habuan nombor ekor setelah membuat pemujaan di kawasan tersebut beberapa tahun yang lampau.
Di sebelah hadapan bertentangan dari arah kami datang terdapat sebuah


Melihat pada keadaan batu yang telah dipecahkan semasa kerja-kerja kuari dijalankan pada masa lalu, terdapat tekstur batu seakan stalagtite dan stalagmite. Ini menunjukkan bahawa ianya seolah-olah sebuah gua yang telah dipecahkan. Abang yunus mengangkat seketul serpihan batu sebesar pingan makan dan menimbang-nimbang ditapak tangannya dan memperkatakan kepada saya bahawa batu ini berat. Berbeza dengan batu dari kawsan lain. Saya pun cuba mengangkat batu tersebut. Ternyata ketumpatan batu ini lebih kurang dua kali ganda dari batu lai

Selepas satu setengah jam berada di kawasan tersebut kamipun berdedar meninggalkan Batu Masjid dengan beberapa persoalan yang tak terjawab. Masih banyak yang perlu dirungkaikan dan dikaji lagi. Tapi siapa yang berani atau mahu mengkajinya? Dan sampai bilakah batu itu akan kukuh berdiri di situ ? Atau ianya akan menjadi sebuah Kuil Mega?