Archives

gravatar

UPACARA JEJAK TANAH

dipetik daripada dhiya's FotoPages

AHAD, satu adat yang jarang sekali di adakan pada masa kini iaitu upacara menjejak tanah sepupu Dhiya, Dani & Adib; 14 bulan dan 12 bulan ( semasa upacara diadakan).


Khusus mengetuai upacara ini Hj Mohd Ali B. Dali yang juga berketurunan kesultanan Rawa dibantu oleh isteri Hjh. Zaiton Bt Radin, dijemput khas dari Batu 3,Klang. Upacara ini sekadar adat dan kepercyaan kami ( sebelah mak ) yang berketurunan kesultanan Rawa dengan itu kami mengadakan upacara jejak tanah ini pada setiap anak, cucu dan seterusnya.

Jelas Mohd Ali; Upacara ini diadakan semasa bayi berumur 11 bulan atau 12 bulan dan sudah pandai berjalan. Selagi upacara belum diadakan bayi tidak dibenarkan sama sekali memegang bunga, memijak tanah dan ada sesetengahnya juga percaya bayi tidak boleh memakan ayam dan memakai perhiasan yang diperbuat dari emas. Jika berbuat demikian ditakuti bayi akan menjadi lemah dan sering sakit atau mengalami gangguan mental dan fizikal.

Persediaan – Sebaiknya majlis diadakan pada waktu pagi kerana bayi masih segar, cuacatidak panas dan diadakan pada 1hb – 15hb mengikut kalender Islam.

Bayi dipakaikan inai pada malam sebelum upacara diseluruh jari tangan dan kaki seperti pengantin.

Beberapa bahan diperlukan seperti beras putih, beras kunyit, bertih, tiga jenis bedak sejuk ( kuning/hitam putih ) daun sepenuh, daun puding, 7 jenis bunga, 3 biji limau nipis, 2 ketul ibu kunyit, sebentuk cincin belah rotan dan bagi bayi lelaki sebilah keris.

Bahan-bahan untuk Adib.


Bahan-bahan untuk Dani


Diatas hanparan ditabur 7 jenis bungan, bertih beras & beras putih. Hamparan kemudiannya digulung dan dibacakan doa bagi memulakan acara, kemudian hamparan dibawa keluar dilaman rumah.

Bayi dipakaikan sepasang baju kurung/baju melayu dan bewarna kuning persis seorang raja. Pada pagi itu kali pertama bagi keluarga kami mengadakan upacara ini serentak untuk Dani dan Adib. Dani memulakan upacara ini dan diikuti oleh Adib. Masing2 dipimpin berjalan diatas bunga secara bulatan sebanyak 3 kali,

Selepas itu didudukkan dan Hj Mohd Ali memegang dulang berisi beras,putih,beras kuning, dan bertih untuk dipilih oleh mereka. Air limau direnjis2 pada mereka dan sekali lagi dipimpin berjalan diatas hamparan bunga.

Cincin belah rotan digunakan untuk menconteng dahi, dada, belakang, tangan serta tapak kaki. Kemudianya kaki mereka dijejakkan ke tanah dan badan di calitkan tanah. Dan sekali lagi dibawa berjalan mengelilingi hamparan bunga itu.

Upacara ini iringi dengan bunyi letupan (senapang/mercun) dan gong bagi memeriahkan majlis.

Kemudian mereka dimandikan dengan bedak² sejuk kemudiannya dibilas dan disiram dgn air limau. Selesai mandi mereka disiapkan dan kemudiannya dibawa kedalm rumah. Bacaan doa diadakan sekali lagi dan kemudian mereka dihidangan ayam masak lemak kuning dan nasi kunyit. Bagi mengahiri majlis ini tetamu dijamu dengan jamuan ringan dan diberikan bunga telur sebagai tanda terima kasih kerana sudi datang.

Ini merupakan Upacara yang pertama kami adakan di Kuala Lumpur dan di ketuai oleh Hj Mohd Ali. Sebelum² ini kami mengadakan upacara ini di kampung mak di Ipoh dan diketuai oleh pakcik yg berada disana.

Selepas upacara diadaakan Dani & Adib masih berpantang lagi, tapi kali ini selama 3 hari sahaja.. Mereka tidak boleh lagi terkena tanah dalam tempoh 3 hari. Dan pada hari ke-3 itu mereka perlu mengikuti beberapa peraturan sebelum mereka boleh terus jejak ke tanah. Mereka dibekalkan setiap seorang, batang daun bemban, limau dan ibu kunyit. Sebelum mereka boleh berjalan diatas tanah, Batang daun bemban diukur tinggi mereka dan dipotong mengikut ketinggian mereka. Selepas itu di calitkan dengan ibu kunyit dan kemudian biarkan mereka berjalan dengan batang daun bemban pada air embun yang ada pada runput kemudian lepas kan mereka untuk bermain akhirnya mereka dimandikan dengan air limau.

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

::Jejak Tanah Harris::

di petik dari blog Kesayangan Ayah dan Umi

13hb bulan Julai aritu..famili sebelah umi buat Majlis Jejak Tanah untuk harris..ikut adat Pagar Ruyung..Barang-barang yang perlu ada ialah :-



Bertih

Beras Kunyit

Bunga berwarna-warni (bukan menjalar)

Kain kuning

Payung kuning (digunakan kalau dibuat di luar rumah)

Ayam betina yang masih hidup (untuk baby boy, kalau gurl, ayam jantan)

Ayam panggang

Ibu Kunyit

Tepung beras 3 warna (hitam, putih, merah)

Pulut kuning

Baju kuning

Bunga dan daun gelenggang

Limau purut



Semuanya mesti ada. Mula-mula Nek Lang (Nek Sedara umi yang tau tentang adat ni) membaca doa dari kepala sampai ke kaki.


Harris lepas tu dipimpin pergi ke arah ayah dan umi yang memasing tunggu di hujung kain. 7 kali ulang alik.

Lepas tu satu badan di sapu dengan ibu kunyit. Upacara yang utama pun bermula. Dalam satu pinggan tu ada bunga, pulut kunyit, bertih dan cincin emas.

Tanpa bantuan sesiapa Harris pun memilih pulut kuning. Orang rawa cakap kalau pilih pulut kunyit dia akan murah rezeki. Alhamdullillah.

Misalnya Harris pilih bertih, mulutnya akan pot pet pot pet 24 jam. Kalau cincin dan bunga dia akan jatuh sakit. Jauhkanlah benda yang negatif ni.

Akhir sekali dia dimandikan dengan air limau dan tepung beras yang berwarna-warni tu.

Selesai. Tapi kena gak berpantang tak boleh pijak tanah lagi untuk 7 hari. Kalau gurl 3 hari jer.

Harris dan umi sebelum mula majlis


Kain rentang dengan bunga

Cincin, bunga, pulut kuning dan bertih
Sengih anak umi ni

Nangis sebab lama sangat

Baru rileks


Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

A Tribute to Uci

Di petik dari blog The Scent of Woman

"Grandmas hold our tiny hands for just a little while.....but our hearts forever"
Anonymous

Uci Mahani and I, photo taken during Eidul Fitri 2008 by Pak Long, in Batu Tiga (Temoh), Perak.

Mahani has endured so much pain and turbulence in her life. Now aged 94, she is greatful to Allah for gracing her the strenght and wisdom of a woman. She has endured the greatest fear of a mother when her son and daugther-in-law died in a car crash, less than 1km away from her home. It was very tragic. When the pain of the lost lingers in her mind, she would shed tears, for who could ever endure the death of your child. The bitter sweet memories of feeding your child, changing the diapers and holding his tiny hand when crossing the roads, stab your lonely hearts like a dagger. I know how it feels as I am a mother too.

Uci, as her grandchildren fondly call her, is a Ravanese. I have been told by a friend, who is also a Ravanese, that women of this race are perfectionists. They have also very strong will power and are excellent homemakers. Well, I do not know how far that is true, but it is fair to state here that my Uci possesses all of these qualities. Honestly, I have been so many times reprimanded by Uci for being unladylike, well..what to do, I am only a quarter Ravanese.

Indeed, lessons in life are best acquired through observation. Since young, I have seen Uci managing her family with intelligence and grace. She does not have to be a degree holder to have her children to be very successful in life. She believes in the wholesome goodness of home food and everything homemade. She demands precision in doing house chores as she believes, every virtue starts from home. A mother must sow, in the hearts of her children, the seeds of love and faith to Allah, for that would be the guiding light in life.

I have personally learnt a lot of things from her. Here I would like to share some of them. In order to make it more expressive (as she speaks Ravanese not English), I will try my best to write in Bahasa Melayu with hints of Ravanese.

1. Uci is blessed with beautiful skin, when asked about her secret for having such flawless skin, she replied, "Indo berasio, pakei la bodak sojuk Uci buek ke..". Translation: Mana ada berahsia, pakailah bedak sejuk yang Uci buat tu. Before she became immobile, she used to prepare homemade 'bedak sejuk' . This is done by soaking rice in a clay pot for three years. As she is very particular about cleanliness, she would regularly rinse the soaked rice. Uci's 'bedak sejuk' is perfumed with "Cologne Nyonya Kembar', pandanus leaves and jasmine. She would supply us with her bedak whenever we visit her, but we have to promise not to snack on them. (My mama loves to snack on her bedak sejuk).

2. Never to bathe after 5pm, as she believes it is bad to bathe when it is almost dusk or worst, after dark.

3. On tips to restore the freshness of your vegies in the fridge, she advises, "Kao keno rajen membaluit sayor dongen keroteh, lopeh tu dibungkuih dongen pelestik". Translation: To maintain the freshness of your vegies, you must wrap them up with papers and later wrap them in individual plastic bags. I have improvised this practice by labelling my vegies after wrapping them up.

4. Uci's green coloured syrup is the best in the world. It slates your thirst in so many a hot afternoons.

5. On our effort to reduce sugar and salt in our cookings (in the name of healthy life style), she commented, "Ondek, biya la laki kao maken yang sodop, jangen lah dikurangken gulo atau garom, indo beraso apo-apo teh kao masak..". Translation: You are a lousy cook as your food is tasteless..hahahha. Joking. (Ondek is an expression to indicate surprise).

6. When drying out clothes in the Sun, one must make sure that they are hung according to the types, that is all shirts must be in one line, whereas pants in another. Do not mix everything up. Personally, I do adhere to this. I just hate to see my clothesline unorganized.

7. Leftover rice or pulut must never be thrown away. One must dry it out in the Sun and fry it to become delicious snacks. She believes that it is "berdoso kao membuang nasik".

8. On my wedding day, Uci told me a secret, she said, "Kao Ida, keno bangun copek, toruih mandi, bebodak, jangen kao bagi Sazeli tengok kao bolum mandi rambuit indo bersikek. Potang kao besiop la copek, bilo pulang si Sazeli, jangen memarah..". Translation: Ida, you must wake up early and groom yourself, do not allow Suzalie (my hubby) to see you in a mess. In the evenings, get yourself ready before he is home. When he is home, don't you nag at him. Yea, I am a firm believer in this too.

9. When asked how she maintains such excellent memory despite of her age, she said by reciting the Qur'an daily.

10. Uci cooks the best "ayom masak lomak" in the world. She used to share the recipe, even demonstrated the whole process. But when I tried to cook it at home, it tasted really different..tak sodop..hahaha.

Those are some of the things I've learnt from my Uci, there are other more, but I guess I'd better keep them here in my heart. She has become quite frail now, due to her age. Her memory slips sometimes, but she never forgets me and my hubby. I never get to tell her that I love her so much, the last time I saw her she was down with high fever. Her internal organs are failling, one by one. She is not suffering any sickness or disease, she is holding on to her life like a fighter. This life, she has is a good one, and we are thankful, as she has sown within our hearts the seeds of love that will flourish for generations.

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

ADA APA DENGAN RAWA II

Di petik dari blog tintarawa

Babak 9

###

Kenape orang rawa yg datang ke sini dulu pilih daerah Kinta utk menetap? entah la..aku pon tak tau. mak aku tak cerite pulak. tapi mungkin sebab dulu kinta ni terkenal sebagai pusat perlombongan bijih timah kat Perak nih. infact "uci" aku yakni nenek dlm dialek rawa sendiri adalah pendulang bijih suatu masa dahulu bersame2 "nenek" aku yakni atuk dalam dialek rawa. yup, mereka melombong bersama2. romantik bukan? siape kate dating perlukan duit. cume perlukan 2 dulang je "haha..ark!" maafkan cucumu ini.

###

Bagi aku, ade 2 nilai distinktif yg membezakan orang rawa dengan orang2 laen mahupon orang-orangan di sawah tu. satu, dialek tersendiri. bapak aku kate dalam semua adik beradik aku yg paling fasih rawa nih. tu pon die tak cakap direct dengan aku. die cakap dengan bubo. die segan gamaknye "hehe.." so tanpe menghampekan bapak aku, aku cube translatekan beberapa perkataan mahupon ayat yg aku ingat..

Uci = Nenek (perempuan)
Nenek = Atuk (lelaki)
Hontaik!!! = Amboi!!!
Napo Dang Kao? = Kenape Kau Ini?
Olon Laie = Belom Lagi
Copek ey? = Cepat Nyer?
Berkerontong = Berbunyi
Melimbah = Menghabiskan
Citen = Bontot
Idoit = Hidup
Omir = Peram

..dan banyak lagi yg aku tak mampu nak translate satu-satu. kalau diperati didengar betul2, dialek ni merupakan campuran beberapa bahasa khususnye negeri sembilan (minangkabau), kedah dan kelantan. tu pendapat aku la. pendapat golongan elder aku tak tau la..

###

Sambung nanti..
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

"Taman Angkat" Komuniti Bestari Mukim Chenderiang

Di petik dari blog japenPK

Pentadbiran daerah Batang Padang yang diketuai oleh Pegawai Daerah, YBhg Dato' Hj Md Damiri bin Md Sairi telah sudi mengistiharkan bahawa Taman Tasek Temoh yang terletak di Kg.Batu Masjid, 5km dari Tapah sebagai Taman Angkat kepada Komuniti Bestari (KB) Mukim Chenderiang. Hari bersejarah itu berlangsung jam 9.30 pagi pada 16 November 2008 dalam satu majlis berwarna-warni serta dihadiri kira-kira 5000 pengunjung termasuk ahli-ahli KB seluruh Perak.

Pengarah Penerangan Perak, Hj Abdullah Mohd Ariff dalam ucapan aluan menyifatkan bahawa pengistiharan tersebut melambangkan kepercayaan dan keyakinan Pegawai Daerah terhadap kemampuan, kesungguhan serta komitmen KB Mukim Chenderiang terhadap aspek penyelenggaraan Taman Tasek Temoh. Sekaligus menggambarkan bahawa kewujudan KB yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan di sesuatu mukim itu telah mendapat tempat di hati pentadbiran daerah.

Kemajuan Komuniti Bestari Perak

Justeru pada hari yang bersejarah bagi perkembangan dan kemajuan KB di Perak, Urus Setia Komuniti Bestari Negeri dan Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang, Tapah telah mengadakan program Perhimpunan Keluarga Komuniti Bestari Negeri Perak dengan agensi Kerajaan / swasta secara bersepadu serta dikelolakan beberapa KB di daerah Batang Padang. Selain pameran Rukun Negara Jabatan, 15 agensi kerajaan turut mengadakan pameran, 10 buah KB memasar dan mempamerkan produk masing-masing serta pihak swasta mengambil bahagian mengadakan "grand-sale".
Program ini turut dimeriahkan dengan beberapa acara seperti Sukan Air (kelolaan Pejabat Belia dan Persatuan Rekreasi Tapah), Sukan Rakyat (KB Tapah), Pertandingan Memasak Ikan Sungai (Jabatan KEMAS), Pertandingan Gubahan (KB Chenderiang), Sukan Kanak-kanak, Mewarna dan Pakaian Beragam (KB Bidor), Pertandingan Memancing (KB Tapah), Senamrobik (KB Sg. Klah), Sepak Raga Tuju, Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik, Teka Biji Betik dan Kenduri Kampung (Kg. Batu Masjid).

Pohon Kenangan

Program sehari suntuk itu diserikan dengan perasmian pluq peristiharan "Taman Angkat" oleh YBhg. Dato' Md Damiri serta diikuti menanam empat batang pohon kenangan iaitu pokok nangka yang menjadi trade-mark Kg. Batu Masjid. Pohon-pohon kenangan itu ditanam-rasmi oleh Pegawai Daerah, Pengarah Penerangan Negeri, ADUN Ayer Kuning, YB. Dato' Shamsudin serta ADUN Chenderiang, YB Dr Mah.

Seniman Kampung

Pada 15 November 2008 penduduk-penduduk Kg Batu Masjid (dalam Mukim Chenderiang) telah bergotong-royong menyembelih seekor kerbau balar dan malamnya petugas serta krew PENTARAMA dijamu dengan sop tulang sambil menyaksikan persembahan PENTARAMA yang menerima sambutan hangat daripada lebih 1000 orang penonton. Kegembiraan penduduk tempatan jelas terbayang apabila empat orang "seniman kampung" turut mendendangkan lagu-lagu pop 60-an iringan pancaragam PENTARAMA.
Penduduk kampung mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Timbalan Ketua Pengarah Penerangan, YBhg. Dato' Hj Selamat Sukimi kerana membenarkan PENTARAMA berkunjung ke kampung mereka buat pertama kali dalam sejarah.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Dilambong tak pocah! Torompeh endo jamin!

Dipetik dari blog small talk

Pahang adalah negeri yang paling banyak loghat. Tiap-tiap daerah dalam negeri Pahang, loghat percakapannya berlainan. Malah ada juga kampung dalam daerah yang sama mempunyai loghat yang lain. Mungkin agaknya kerana asal usul penduduk awal kampung itu. Bagi mereka yang berasal dari Raub, kepelbagaian loghat adalah satu perkara yang amat biasa. Diantara orang Dong dengan orang Gali, loghat mereka pun sudah berbeza. Padahal Dong dengan Gali hanya 3 kilometer saja jarak diantara satu sama lain.

Berbagai loghat lagi apabila Dong dan Gali jadi Kuala dan Ulu yakni Kuala Dong dan Kuala Gali serta Ulu Dong dan Ulu Gali. Loghat itu bertambah unik bila Sega, Atuk, Batu Talam dan Batu Malim diambil kira. Itu pun belum lagi diambil kira orang dari keturunan Rao (Rawa), Kampar, Minangkabau dan lain-lain.
"Dilambong tak pocah, terompeh endo jamin", itu lah teriakan sipenjual pinggan mangkok di Pekan Rabu Dong zaman dulu-dulu. Memang si mamat itu lambong pinggan mangkuk tu keatas. Memang lah tak pecah. Mana ada pinggan mangkuk pecah kalau hanya dilambong. Kalau terhempas keatas tanah, tidak dijamin! Maksudnya pecah la tu!
Orang Minangkabau bila ditanya apa kerja dia, ada yang jawab "kerja guyang kaki". Jangan salah faham. Maksudnya dia si tukang jahit.
Orang Rao yang di zaman dulu menjadi askar upahan memang tergulung dalam kaum yang keras hati, cekal dan berani. Kalau orang Rao kata "inda ku podah". Jangan lah dipujuk lagi. Sampai mati pun dia dah tak nak! Tapi kalau setakat dia cakap "tak ku bahawa" atau "tak terliur", masih boleh lagi dipujuk.
Kata-kata loghat Raub ini lah yang akan diterima oleh UMNO kalau masih lagi tidak mahu berubah. Rasuah sudah menjadi-jadi. Jawatan dalam parti telah dijadikan harta mak bapak datuk nenek mereka punya. Tidak boleh dipertandingkan. Ketua tidak boleh dilawan. Incumbent tidak boleh dilawan. Orang yang cerdik pandai ditolak jauh-jauh. Pada mereka UMNO itu mesti dipegang oleh orang-orang dan kuncu-kuncu mereka sahaja. Kalau boleh mereka nak kata UMNO tu bapak aku punya!
Dilambong UMNO memang tak pocah, terompeh ke tanah endo jamin!
Orang UMNO tak payah buat kerja lain. Guyang kaki je lah! Satu hari nanti orang akan kata pada UMNO..."Inda ku podah!...Tak aku bahawa!...Tak aku terliur!..
Itu jam baru padan muka!
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

ASAL USUL PANTANG TANAH

Dipetik dari buku Batu Masjid Permata Kami. tulisan Zabidin Hj Ismail @ Jari Basurek

Mitos ini telah di ceritakan oleh Allahyarham Hj Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengahari di rumah beliau di Kampong Batu Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Rao, Sumatera Barat.

Daerah Rao, Sumatera Barat, Indonesia mengandungi beberapa kawasan tertentu. Antaranya ialah Langsat Kodok, Langgung, Padang Unang dan lain-lain. Namun begitu kaasan ini tidak mempunyai raja seabagai "payung" ke atas ketua-ketua yang mengetuai sesuatu kawasan tersebut. Maka disepekati diantara mereka untuk mendapatkan putera raja Pagar Ruyong dari Ranah Minang.

Ditakdirkan Allah s.w.t berjayalah mereka membawa pulang seorang putera raja ke Padang Unang, Rao dengan menaiki gajah dan sebaik tiba di situ, raja itupun ditabalkan sebagai Raja Rao dan bersemayam di singgahsana yang dibina khas. Adat hamba mengangkat sembah; adat raja menerima sembah. Tetapi raja itu tidak tahan disembah lalu muntah-muntah dan tercirit-birit.

Maka berkatalah pawang bahawa putera raja itu bukanlah anak raja tulen sebalaiknya orang biasa. Telahan pawang itu lagi, anak raja yang sebenarnya masih berada di Pagar Ruyong menyamar sebagai hamaba raja bagi mengelakkan dirinya "diambil" oleh orang-orang Rao.

Setelah mendapat penjelasan pawang tersebut, orang-orang rao sekali lagi berangkat ke Pagar Ruyong dan kali ini berjaya dalam misi mereka untuk mendapatkan seorang putera raja yang tulen dan lantas digelar Raja Rao. Setiba di Padang Unang terus dirajakan mengikut adat Rao lalu baginda bersemayam di istana dan kemudiannya berkahwin dengan anak Rao. Setelah mempunyai puteri, bagindapun pulang ke Pagar Ruyong seorang diri.

Beberapa tahun selepas kepulangan Raja Rao ke Pagar Ruyong, puterinya pun berkahwinlah dengan beberapa lelaki termasuk dengan kenamaan Rao. Pertama kali berkahwin, suaminya sakit lalu meninggal dunia. Kemudian puteri itu kahwin lagi lalu ; mati juga kesudahannya sehinggalah dia telah menikah dengan tujuh orang; kesemuanya meninggal dunia. Dan ditakdirkan Allah puteri itu berkahwin pula untuk kali ke lapan dengan seorang ulama yang berasal dari Choroting, Rao.

Namun begitu ulama ini sempat juga memengandungkan puteri tersebut. Apabila genap tiga bulan mengandung, ulama itu menceraikan isterinya seraya berkata; "Aku yang kuat beramal kepada Allah pun alah kepada mu, inikan pula orang biasa." Sebenarnya ulama itu telah menyedari bahawa dirinya sudah dihinggapi tulah dan matanya mula beransur menjadi hijau. Sebaik sahaja dia menceraikan isterinya tiba-tiba penyakitnya sembuh seperti sediakala dan berkatalah ulama itu; "inilah kuasa Allah Taala."

Enam bulan kemudian janda ulama itu melahirkan anak lelaki dan diberi nama Marahsani. Anak ini dikatakan memiliki daulat. Barangsiapa yang melintas di hadapannya tanpa meminta izin akan muntah tahi. Untuk kembali sediakala; penawarnya ialah terpaksa minum air tapak kaki Marahsani.

Adalah dipercayai kelahiran Marahsani disambut dengan "adat pantang tanah" justeru itu keturunan Marahsani sehingga sekarang masih lagi mengamalkan adat tersebut kerana dengan kehendak Allah jua, jika ditinggalkan akan mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak yang dalam tempoh berpantang iaitu kira-kira 13 bulan atau sehingga kanak-kanak pandai berjalan dan pantang tersebut terbatal apabila kanak-kanak sudah berjojak
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Kapok Solo Dari Otai Leman

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Hj Tahir Lebai Tenggam menjadi Ketua Kampung Batu Masjid hampir separuh abad

Dipetik dari blog sekondakhati



Apabila pembuka dan ketua Kg Batu Masjid, Lebai Tenggam yang berasal dari Rao Sumatera Barat itu, diserang lumpuh pada tahun 1915 ketika berusia 40 tahun, anakandanya bernama Tahir “diangkat” penduduk kampung sebagai memangku jawatan itu. Kenapa Tahir dan tidak pula seorang lagi anak lelaki Lebai Tenggam iaitu Taib. Tiada maklumat tentang perkara ini. Sebenarnya Lebai Tenggam memiliki lima orang anak; tiga perempuan – Minah, Zainab dan Robaiyah. Lelaki pula dua orang iaitu Tahir dan Taib.

Hj.Tahir ketika mula memangku jawatan ketua kampung berusia 12 tahun. Pun begitu Allahyarham menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi walaupun masih terlalu muda. Keterangan Abdul Salam (anak saudara Hj Tahir . Meninggal dunia tahun 2003) menyebut Hj Tahir ketika seusia itu sudah boleh memimpin bacaan doa, tahlil, yasin serta kerap dijemput apabila penduduk mengadakan kenduri-kendara. Hj. Tahir telah bersedia mengantikan peranan yang sebelum ini dilaksanakan oleh Lebai Tenggam.

Dia mendapat pendidikan terutama bidang keagamaan daripada ayahnya, Lebai Tenggam secara tidak formal. Di samping berguru dengan bapanya, dia juga rajin menelaah kitab dengan bimbingan Lebai Tenggam. Dia sudah bergelar haji semenjak kecil lagi dan kali kedua pula pada tahun 1974 dengan menaiki kapal laut dari Pelabuhan Pulau Pinang.

Hj Tahir memangku jawatan ketua kampung selama 13 tahun. Apabila Lebai Tenggam meninggal dunia pada tahun 1928, Hj Tahir terus dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung Batu Masjid sehingga melepaskan jawatan tersebut pada tahun 1975 sesudah berkhidmat selama 47 tahun. Satu-satunya rekod perkhidmatan sukarela paling panjang yang pernah diberikan oleh seorang ketua kampung di negeri Perak malah di Malaysia.

Sepanjang tempoh sebagai ketua kampung, Hj Tahir pernah menjadi guru agama di SK Batu 3, Temoh serta berdakwah ke Tapah dan di kampung-kampung yang berada dalam Mukim Chenderiang. Menurut keterangan Hjh Habshah 73 (anak saudara Allahyarham), ketika berdakwah serta mengajar agama di Tapah, Hj Tahir hanya berbasikal seorang diri. Allahyarham juga pernah menjadi imam masjid Batu Masjid serta mengadakan kelas fardu ain, mengaji quran boleh dikatakan setiap hari tanpa gaji selama berpuluh-puluh tahun. Pendek kata hampir seluruh penduduk kampung adalah bekas anak murid Hj Tahir sama ada mengikuti kelas fardu ain bagi orang dewasa atau mengaji quran bagi kanak-kanak.

Sebab itulah Hj Tahir amat dihormati oleh setiap lapisan umur. Mereka menghormati beliau kerana sifat zuhud, tawaduk serta kealiman yang ada pada dirinya. Penulis merasai pengalaman luar biasa suatu hari apabila terserempak dengan Hj Tahir di jalanan, tiba-tiba sahaja penulis memberhentikan basikal dan turun berdiri seolah-olah memberi hormat kepada Hj Tahir. Tindakan ini dibuat tanpa arahan sesiapa; tidak semena-mena terjadi demikian rupa.

Satu lagi yang penulis kesani ialah tidak seorang pun penduduk Batu Masjid tegar dan berani memanggil namanya melainkan Pak Ji bagi dewasa atau Ninik Aji bagi kanak-kanak. Ini tiada siapa yang mengajar atau memaksa melainkan amalan yang diamalkan turun temurun, seolah-olah menjadi undang-undang tidak bertulis.

Barangkali Allah s.w.t telah berikan karamah kepada Allahyarham yang sentiasa mendampingi-Nya setiap masa. Rutin hariannya, berdakwah, mengajar, mengimami solat, sesekali mengetuai bacaan doa selamat dalam majlis kenduri anak-anak buahnya, menelaah kitab kuning dan iktikaf di masjid. Dia bersolat subuh di masjid kemudian iktikaf sehingga waktu dhuha. Dan, pada hari arwah meninggal dunia sekitar bulan Mac 1978, dia sempat minum di kedai kopi Yusuf Che’ Din selepas solat dhuha, kemudian balik ke rumah mengadu sakit perut kepada isterinya, Hjh Halimah. Isterinya memberikan minyak angin dan Hj Tahir berbaring di katil dengan mengusap minyak angin itu pada perutnya dan tidak lama kemudian dia pun menghembuskan nafas terakhirnya dengan senang dan tenang.

Kerana memiliki ilmu agama yang tinggi, arwah pernah dilantik oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai salah seorang anggota majlis ulama negeri yang sifatnya seperti majlis fatwa jika menggunakan istilah sekarang. Dan arwah mempunyai ramai kawan yang sepertinya berdakwah dan mengajar agama; antaranya ialah Tuan Guru Yeop Majlis (Lambor), Tuan Guru Hj Shafei dan Tuan Guru Hj Yunus (Tualang Sekah). Mereka sering berbahas mengenai tajuk-tajuk tertentu dalam bidang agama untuk kepentingan masyarakat Islam.

Hj Tahir memimpin Batu Masjid dengan penuh berhemah. Dia pernah menjadi Ketua Cawangan UMNO Batu Masjid tetapi di waktu yang sama arwah tidak pula menentang penubuhan ranting PAS di kampung tersebut. Malahan ada ketikanya pada sekitar tahun 60-an, ada segelintir penduduk cuba membawa masuk pengaruh DAP dan berura-ura untuk menubuhkan cawangan tetapi Hj Tahir tidak melarang atau bertindak menentang sebaliknya kerana berasa malu mereka membatalkan niat untuk menubuhkan cawangan DAP di Batu Masjid. Namun demikian PAS tetap bertapak dan masih kekal hingga sekarang.

Hj Tahir tidak terlalu taksub dengan mana-mana ideologi parti politik partisan sebaliknya memberikan kebebasan kepada anak buahnya untuk memilih parti mengikut keyakinan masing-masing. Justeru walaupun ada dua parti di Batu Masjid tetapi ukhwah dan silaturrahim di kalangan penduduk kian erat, contohnya mereka berganding bahu dan bersatu tanpa mengira parti masing-masing apabila ada kematian, kenduri kendara serta acara gotong royong yang membabitkan kepentingan masyarakat.

Sesungguhnya Batu Masjid masih kehilangan permata ini walaupun sudah tiga dekad Allahyarham menetap di alam barzah. Sebab itulah pada suatu hari sekitar tahun awal 90-an ada seorang anak muridnya datang ke Batu Masjid untuk menemui gurunya sedangkan arwah sudah lama meninggalkan alam yang fana ini. Mereka sebenarnya masih merasakan kehilangan sesuatu. Al-Fatihah buat Ninik Aji.

____
Nota:

1. Pak Aji - panggilan hormat orang Rao kepada seseorang berkedudukan bapa yang telah menunaikan fardu haji daripada mereka yang bertaraf anak kepadanya.
2. Ninik Aji- panggilan hormat orang Rao kepada seseorang tua lelaki berkedudukan datuk / wan yang telah menunaikan fardu haji daripada mereka yang bertaraf cucu kepadanya.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

Mitos Masjid Batu

Dipetik dari buku: Batu Masjid Permata Kami, tulisan Zabidin Hj Ismail

Menurut cerita orang-orang tua dahulu kala, masjid batu ini mempunyai kisah menarik tatapi kebanyakannya berunsurkan mitos. Pada zaman bahari, dari masjid batu ini kedengaran azan dilaungkan setiap kali masuk waktu solat fardhu. Aneh benar kerana dari pandangan mata kasar tiada seorang manusia pun yang mendiami gua gelap dan menggerunkan ini. Apatah lagi nak solat seorang diri. Malahan bilal yang melaungkan azan itu pun tidak kelihatan.Ada setengah mendapat mengatakan gua tersebut tempat tinggal orang halus atau bunian tetapi ada pula yang mendakwa kediaman jin islam.

Satu lagi cerita aneh yang menyelubungi misteri masjid batu ini ialah kemurahan hati bunian atau jin islam menyedia dan meminjamkan pinggan mangkuk setiap kali diseru oleh penduduk Kampung Batu Masjid. Hairan, bagaimanakah pinggan mangkuk itu disediakan; selepas diseru secara tiba-tiba sahaja peralatan tersebut tersedia di muka gua. Ambillah tanpa ragu bimbang yang penting ikut syaratnya; setelah digunakan hendaklah dipulangkan segera walaupun ada yang cacat dan pecah.

Namaun begitu keanehan ini tidak kekal lama kerana ada peminjam yang tidak amana; liat untuk memulangkannya. Balasannya; serulah sekuat mungkin tetapi perlatan hidangan itu tidak jua kunjung tiba. Semenjak peristiwa itu, penduduk kampung tidak lagi mengunjungi masjid batu itu dan secara perlahan-lahan ditinggalkan begitu sahaja. Apatah lagi kawasan kampung sudah lama berganjak jauh ke dalam, yang dikenali sebagai Tanah Seribu.

Lama selepas itu, kira-kira pada waktu zaman BMA, masjid batu itu mengalami kemusnahan akibat kerakusan penjajah British mengebomnya dan pecahan batu-batu tersebut diangkut untuk bahan turapan jalan raya. Semenjak itu kisah dan mitosnya lenyap ditelan zaman.

Lokasi asal masjid batu ini diyakini tidak dijadikan tapak penempatan kekal melainkan kawasan berladang dan berkebun sahaja. Ini terbukti kini kawasan tersebut diseliputi hutan banat dan tiada langsung puing-puing kediaman atau artifak peninggalan generasi terdahulu yang boleh dijadikan bahan rujukan dan kajian sejarah awal kewujudan Batu Masjid kecuali beberapa makam terbiar.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

AKTIVITI MEMANCING DI KG BATU MASJID

Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

TRAGEDI HITAM DI TAMAN TASEK TEMOH

Ayah hilang kudrat

Oleh Mustafa Ngah Mansor
am@hmetro.com.my


SEDIH....Norlizawati menunjukkan gambar Allahyarham
Mohd Fadeli bersama keluarga sempena aidilfitri tahun lalu.

TAPAH: “Saya terlalu sedih kerana kejadian berlaku di depan mata. Saya cuba menyelamatkannya tapi kudrat tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa berpatah balik ke daratan dalam keletihan.

“Saya sempat melihat dia tenggelam timbul sebelum hilang,” kata Othman Aladdin, 53, bapa Mohd Fadeli, 27, pembantu am rendah di Pejabat Pelajaran negeri di Ipoh yang lemas ketika cuba mendapatkan bot kawalan jauhnya yang rosak di tengah tasik di Taman Rekreasi Temoh dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa bersama ibu, Baesah Lobe, 51, bapa dan tiga adik serta seorang rakan pergi ke tasik berkenaan untuk bermain bot kawalan jauh.

“Arwah beria-ia mengajak kami sekeluarga ke tasik berkenaan untuk melihatnya bermain bot kawalan jauh. Bagaimanapun, ketika sedang asyik bermain, botnya dipercayai rosak atau kehabisan minyak di tengah tasik.

“Dia kemudian berenang ke tengah tasik untuk mengambil bot kawalan jauh itu tapi belum sempat memegangnya, arwah kelihatan tenggelam timbul sambil menjerit minta tolong.

“Melihat keadaan itu, tanpa berfikir panjang saya terus terjun untuk menyelamatkannya tapi selepas berenang beberapa meter, saya penat lalu mengambil keputusan berpatah balik ke tebing,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Tersusun Temoh, di sini, semalam.

Sebaik tiba di tebing, dia yang bekerja sebagai pemandu bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berpaling ke arah Mohd Fadeli dan melihatnya tenggelam timbul sebelum hilang.

Sementara itu, isteri mangsa, Noorlezawati Hassan, 24, berkata arwah tidak banyak bercakap dan kelihatan murung sejak lebih seminggu lalu.

Katanya, apabila ditanya perubahan sikapnya itu, arwah hanya mendiamkan diri.

Ini berbeza dengan perwatakannya yang sentiasa ceria dan tersenyum.

“Saya tak sangka itu petanda arwah akan pergi meninggalkan kami sekeluarga selamanya,” katanya.

Menurutnya, dia terlalu sedih dengan kehilangan arwah kerana jam 5 pagi kelmarin, arwah sempat mengucup dahinya sebelum keluar dari bilik tidur.

Sementara itu, Ketua Polis Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan mengklasifikasikannya sebagai mati lemas.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

ASAM IKAN PARI-MASAKAN RAO


bahan-bahannya:
ikan pari- dibakar
20 biji cili api- ditumbuk
2 ulas bawang merah- ditumbuk
2 ulas bawang merah- dihiris
semangkuk santan pekat- yg diperah bersama air suam
jus perahan limau nipis/kasturi- secukup rasa
sedikit garam

cara penyediaan:
Campurkan bahan yg ditumbuk bersama santan dan jus limau. Gaul hingga sebati. Perasakan garam. Jatuhkan ikan. Hias dengan hirisan bawang merah. Sedia untuk dihidangkan.
*boleh juga menggunakan ikan keli atau ketuka
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

MEMANCING DI TAMAN TASEK TEMOH

Lokasi Taman Tasek Temoh adalah bertentangan dengan simpang masuk ke Kampung Batu Masjid. Taman Tasek Temoh telah di rasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli B. Ghazali, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 13 November 2007. Pada 16 November 2008 ianya telah disytiharkan sebagai “Taman Angkat” Komuniti Bestari Mukim Chenderiang oleh Y. Bhg. Dato’ Hj. Md. Damiri B. Md. Sairi selaku Pegawai Daerah Batang Padang.

Pada pertengahan Januari 2008, Majlis Daerah Tapah telah mewartakan tasek ini sebagai Pusat Reakreasi Memancing. Segala aktiviti penagkapan ikan seperti menjaring dan menjala adalah dilarang sama sekali. Spesis ikan yang terdapat di tasek ini ialah ikan peacok bass (ikan raja), rohu, keli afrika,haruan,tilapia,balida, puyu,tongsan dan lampam jawa.

bagi kaki-kaki pancing yang ingin memancing peacock bass bolehlah ke sini seawal-awal pagi kerana ikan ini akitif sebaik sahaja matahari terbit. Kaedah yang efektif untuk menjerat spesis ini ialah dengan kaedah memancing menggunakan pelampong. Umpan terdiri daripada udang gantung atau ikan pinpin. Umpan dibaling dan dikarau secara perlahan. Bagi peminat casting bolehlah menguji soft plastic lure atau gewang anda di sini.

Usah risau tentang sarapan pagi atau makan tengahari, kerana di persimpangan masuk ke Kampung Batu Masjid terdapat warung untuk anda menjamu selera. Pada setiap hari Ahad, bermula dari jam 3 petang sehingga lewat 7 malam diadakan jualan “Pasar Malam” di Dataran Taman Tasek Temoh ini.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

TEMPOYAK KACAU -MASAKAN RAO


Sumber: Kak Yong ( Zaidatul Naziah Hj. hassan )
Bahan-bahannya:

Enam sudu besar tempoyak
Ikan bilis
20 biji cili api – ditumbuk
I inci kunyit hidup – ditumbuk
2 ulas bawang merah – ditumbuk
Semangkuk pati santan
Sedikit garam

Cara penyediaan:
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali, kemudian kacau hingga ianya menjadi sebati. Masak sehingga masakan menjadi pekat, kemudian tutup api.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

MARI BELAJAR DIALEK RAWA-LESSON 2

CATATAN INI DI PETIK DARI BLOG LADY LIBRA

So now, in this 2nd lesson, aku nak bagitau sikit-sikit lagi pasal words. If word yang ada 'au' di belakangnya, akan jadi 'ou' atau 'ow' dan bunyi 'o'nya as in 'door'. Contohnya, silau, pukau, dsbnya akan jadi 'silou' dan 'pukou'. Ayat yang ada 'as' dibelakang spt word atas, malas dsbnya, akan ditukar kepada 'eh'. So, words tu akan jadi 'ateh', 'maleh' dsbnya. Word yang adat 'ut' dibelakangnya pulak, as in mulut, pulut, siput, etc, akan ditukar kepada 'uik'. So, ia akan jadi 'muluik' 'puluik', 'sipuik' dsbnya. What else? Hmm.. kita buat ayat lak. contohnya, "aku nak pegi kedai". Jadi, ayatnya akan jadi, "Ako nak poie/pogi kodei". 2nd ayat contoh lak, "Jom kita ke sana" , akan jadi, "Jom/Moh kito ke sinun". Ayat-ayat contoh yang seterusnya pulak, "Nak pergi mana" akan jadi "Nak poie/pogi mano", Haaa.. bukan la susah sangat dialek Rawa ni, kan? Aku pun dah tak tau nak terangkan apa lagi pasal dialek Rawa ni. Memang actually ada beberapa words lagi yang ditukar 100% daripada words yang asal. Contohnya, cam 'semua' akan jadi 'sado', kalian akan jadi 'kilen' and a few other words lagi. Kalau nak terangkan yang tu one by one, , aku kena tulis kamus bahasa Rawa la pulak.. Anyway, yang ringkasnya bila dah tau basic, rasanya senang je dialek Rawa nih... Well, practice makes perfect..
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

MARI BELAJAR DIALEK RAWA-LESSON 1

CATATAN INI DI PETIK DARI BLOG LADY LIBRA.

Actually, aku ni bukanla pakar or expertise in Bahasa Rawa ni. So, aku mintak maaflah awal-awal sekiranya terdapat kesalahan di mana-mana. Walaubagaimanapun, sebagai anak Rawa, aku bangga dengan bahasa atau dialek Rawa ni. Walaupun kaum Rawa ni hanya kaum minoriti di Malaysia ni, tapi tetap ada keunikannya yang tersendiri. Secara basicnya, dialek Rawa ni, ada sikit-sikit persamaan dengan dialek 'nogori' dan Minang, maybe disebabkan mereka serumpun, iaitu berasal dari Pagaruyung, Sumatera Barat.
Dalam 1st lesson ni, aku just nak bagitau basic je, dan bagitau beberapa perkataan yang senang.
Iko (bunyi 'o' tu as in 'door') = Ini
Ito (bunyi 'o' spt di atas) = Itu
Siko (bunyi 'o' spt di atas) = Sini
Sinun = Sana
Sito (bunyi 'o' spt di atas) = Situ
Godang/Bosar (bunyi 'o' as in 'door') = Besar
Poie/Pogi = Pergi
Saya - dalam bahasa rawa, takde perkataan saya. Dia guna perkataan 'aku'. Tapi huruf 'u' dalam word ni, ditukar kepada 'o'. Jadi bunyinya 'ako', yang bunyi 'o' nya spt dlm perkataan 'o'rang atau r'o'ti.
Huruf 'R' ditukar kepada 'GH' seperti 'rajin' akan jadi 'ghajin'.
Setiap word yang ada 'a' di depan dan di belakang, huruf 'a' di belakang akan ditukar kepada 'o'. Contohnya 'gaya' akan jadi 'gayo'. 'mata' akan jadi 'mato', dan begitulah juga untuk perkataan-perkataan yang sewaktu dengannya, di mana, bunyi 'o'nya sama spt 'ako' tadi.
Setiap word yang berakhir dengan 'at', akan ditukar kepada 'ek'. Contohnya, 'dapat' akan jadi 'dapek', 'rapat' akan jadi 'ghapek' dsbnya.
Words yang mempunyai vowel 'e' di dpn dan 'at' di blkg spt dekat, cepat, sempat, empat dsbnya, vowel 'e' akan ditukar kpd 'o' yg bunyi 'o' nya as in 'door' dan 'at' akan ditukar kpd 'ek'. Jadi, dekat akan jadi 'dokek', cepat akan jadi 'copek', sempat akan jadi 'sompek' empat akan jadi 'ompek' dan seterusnya.
Setiap word yang mempunyai vowel 'e' di dpn dan vowel 'a' di blkg spt belah, celah, dsbnya, ia akan menjadi vowel 'e' akan ditukar kepada 'o' yg bunyi 'o' nya as in 'door'. Jadi ia akan menjadi 'bolah', 'colah' dan seterusnya. Akan tetapi this does not apply kpd words yang mempunyai 'an' dan 'am' di belakangnya.
Bagi words yang mempunyai vowel 'e' di depan dan 'an' di belakang, seperti tekan, pekan, dsbnya, ia akan jadi 'token', 'poken' (bunyi 'o' spt di atas) di mana huruf 'an' ditukar kepada 'en' yang bunyinya as in 'ten'.
Words yang mempunyai vowel 'e' di depan dan 'am' di blkg, spt selam, kelam, dsbnya, bunyinya akan jd 'solom', 'kolom' di mana bunyi 'o'nya as in 'door'.
Words yang mempunyai 'vowel 'a' di depan dan 'an' atau 'am' di belakang, spt malam dan makan dan words yang sewaktu dengan mereka, vowel 'a'nya akan dikekalkan. Manakala 'an' dan 'am' akan ditukar kepada 'en' dan 'om' spt di atas. Jadi, words tu akan jadi 'maken' dan 'malom'.
Words seperti kedai, semai dsbnya, 'e' akan ditukar kepada 'o' sama spt perkataan-perkataan di atas dan 'ai' akan ditukar kepada 'ei'. So, words tu akan jadi 'kodei', 'somei' dsbnya.
Words yang mempunyai 'ap' di belakangnya akan jadi 'op' spt words silap, gelap, malap dsbnya, akan jadi 'silop', 'golop', 'malop' yang mana bunyi 'o'nya sama seperti words di atas.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

ADAT BERJOJAK PEPAJAR RAO

Sumber:- Buku Batu Masjid Permata Kami Setelah Seratus Tahun Berlalu (Zabidin Hj. Ismail @ Jari Basurek)
Foto:- Koleksi Peribadi


Adat berjojak atau tersohor dengan "pantang tanah" amat sinonim di kalangan masyarakat keturunan Rawa (disebut Rao) iaitu adat yang menandakan berakhirnya tempoh larangan bagi anak kecil lelaki atau perempuan untuk menjejak kaki ke tanah. Adat ini dipercayai dibawa ke sini dari Sumatera Barat oleh beberapa peneroka Batu Masjid. Dalam tempoh pantang itu, kanak-kanak tidak dibenarkan menjejaki tanah walaupun sekali. Bahkan dia juga tidak boleh terkena tanah pada mana-mana bahagian tubuh badan kerana dipercayai boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan muntah-muntah. Kanak-kanak jika terkena tanah secara automatik akan diserang sakit perut atau muntah-muntah atau demam yang tidak mahu kebah. Ubatnya ialah jampi pada ubun kanak-kanak itu serta sapuan kunyit hidup pada kening dan kepala lutut. Pengubatan ini dilakukan seseorang yang telah ditauliahkan sebagai bomoh pantang tanah.

Adat berjojak pula adalah satu majlis istiadat membatalkan pantang tanah kepada kanak-kanak keturunan Rawa yang sudah boleh berjalan. Majlis berjojak diwarnai dengan kain pemidang berwarna kuning yang dijadikan bumbung bagi memayungi acara yang dilangsungkan di atas hamparan tikar atau permaidani yang ditaburi dengan tujuh jenis bunga termasuk daun gelenggang. Pakaian kanak-kanak yang berjojak itu serba serbi berwarna kuning. Kedua-dua orang tua kanak-kanak itu duduk (utara & selatan) di hujung tikar atau permaidani yang tugasnya akan menyambut kanak-kanak yang ditatihkan oleh bomoh pantang tanah.

Pada babak permulaan, kanak-kanak yang berada di ribaan ibunya dijampi dan diminta menjamah tiga tanah yang diwarnakan iaitu putih, kuning dan hitam serta ditunjukkan hiasan emas, kemudian dipapah atau dipimpin berjalan di atas taburan bunga berwarna-warni sebanyak 7 kali dan disambut oleh kedua-dua ibu bapanya sebaik sahaja tiba di hadapan mereka. Semasa berjojak dilangsungkan pukulan gong yang dipukul lembut dan disambut pula oleh dentuman mercun atau beberapa das tembakan senapang patah.
Selepas berjojak kanak-kanak berkenaan dibawa untuk mandi berlimau di luar rumah dan didukung dan dipayungi dengan payung berwarna kuning atau berjurai kuning. Selesai mandi kanak-kanak itu disajikan dengan seekor ayam golek masak lemak kuning (tidak pedas). Biasanya ayam jantan bagi lelaki dan ayam betina bagi kanak-kanak perempuan. Sebelah ayam itu akan diberikan kepada bomoh pantang tanah sebagai upah berjojak. Pada tetamu yang hadir akan diberikan sajian istimewa iaitu Beras Rendang. Kudapan ini diperbuat daripada pulut yang digoreng bersama kelapa dan gula, kemudian dibungkus dengan daun pisang atau palas seakan-akan kuih lepat.
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

KUNJUNGAN KE BUKIT BATU MASJID

Tanggal 26 januari 2009 yang lalu jam 3 petang, saya bersama-sama Jari Basurek, Abang Soid, Abang Yunus dan Abu telah pergi ke Batu Masjid iaitu tempat asal Kampung Batu Masjid mendapat nama. Kawasan asal dimana Lebai Tenggam dan pengikutnya memulakan penerokaan Kampung Batu Masjid.

Tersergam indah di hadapan kami sebuah bukit batu yang diselaputi oleh tumbuh-tumbuhan. Panjangnya lebih kurang 60 meter dan lebar 20 meter. Adalah amat menghairan sekali kerana tanah disekelilingnya merupakan tanah pamah dan bukann
ya kawasan berbukit bukau. Ianya terletak di penjuru sempadan empat lot tanah. Pada sebelah hadapan arah laluan kami masuk ialah kebun kelapa sawit, begitu juga di sebelah kiri dan kanan. Pada sebelah belakangnya terdapat kebun getah terbiar yang ditumbuhi semak samun. Oleh kerana itu, atas faktor-faktor keselamatan kami hanya meninjau di sebelah hadapan, kiri dan kanan sahaja.
Di hadapan sebelah kanan ter
dapat sebuah kuil hindu berskala kecil yang didirikan oleh penganut hindu dari kawasan berhampiran. Saya sempat juga bertanya pada En. Kumar salah seorang rakan saya yang menetap di Banir Estate tentang bagaimana kuil ini boleh ujud di kawsan tersebut. Menurutnya, kuil tersebut didirikan oleh seseornag yang mendapat hasil habuan nombor ekor setelah membuat pemujaan di kawasan tersebut beberapa tahun yang lampau.
Di sebelah hadapan bertentangan dari arah kami datang terdapat sebuah batu yang berdiri kukuh dan ditumbuhi oleh pokok Ara di atasnya. Ketinggiannya lebih kurang 10 meter. Terdapat juga petanda pemujaan dilakukan di pangkal kawasan batu ini. Permukaan batu ini menunjukkan bahawa batu seklilingnya telah dipecahkan. Seperti yang dituliskan oleh jari basurek dia dalam bukunya (Batu Masjid Permata Kami Setelah Seratus Tahun Berlalu), batu ini telah diroket oleh pehak british pada zaman BMA untuk membuat jalanraya. Menurut En. Kumar juga terdapat kemalangan jiwa semasa kerja-kerja kuari dijalankan di kawasan ini sehingga memaksa kerja-kerja tersebut diberhentikan. Menurut En. Kumar lagi, kawasan ini “kuat”. Dibelakang batu yang menegak itu terdapat sebuah pintu gua yang menurun ke bawah. Di pintu masuk terdapat kesan laluan binatang liar. Kesan yang tidak mempunyai tapak kaki, hanya seperti badan yang di seret sahaja. Seolah-olah laluan seekor ular sawa yang besar.
Melihat pada keadaan batu yang telah
dipecahkan semasa kerja-kerja kuari dijalankan pada masa lalu, terdapat tekstur batu seakan stalagtite dan stalagmite. Ini menunjukkan bahawa ianya seolah-olah sebuah gua yang telah dipecahkan. Abang yunus mengangkat seketul serpihan batu sebesar pingan makan dan menimbang-nimbang ditapak tangannya dan memperkatakan kepada saya bahawa batu ini berat. Berbeza dengan batu dari kawsan lain. Saya pun cuba mengangkat batu tersebut. Ternyata ketumpatan batu ini lebih kurang dua kali ganda dari batu lain seolah-olah ianya seketul timah.
Selepas satu setengah jam bera
da di kawasan tersebut kamipun berdedar meninggalkan Batu Masjid dengan beberapa persoalan yang tak terjawab. Masih banyak yang perlu dirungkaikan dan dikaji lagi. Tapi siapa yang berani atau mahu mengkajinya? Dan sampai bilakah batu itu akan kukuh berdiri di situ ? Atau ianya akan menjadi sebuah Kuil Mega?
Baca selengkapnya Bagikan
gravatar

KAMPUNG BATU MASJID

ASAL USUL BATU MASJID

Rujukan:- Buku, Batu Masjid Permata Kami Setelah Seratus Tahun Berlalu (Zabidin Hj. Ismail @ Jari Basurek)



Kampung Batu Masjid dibuka pada tahun 1895 oleh Lebai Tenggam dan beberapa orang pengikutnya. Lebai Tenggam bukanlah nama sebenar beliau, tetapi hanya gelaran sahaja. "Lebai" bererti orang yang taat kepada perintah agama serta kuat beribadat. Manakala "Tenggam" pula ialah satu nama perkampungan di Rao, Sumatera Barat, Indonesia. Ketika membuka Batu Masjid beliau berusia 20 tahun.Batu Masjid mendapat nama dari sebuah bukit batu yang menyerupai bentuk masjid tersergam indah ditengah-tengah hutan belantara yang diterokai oleh beliau dan pengikut-pengikutnya. Bukit batu itu memepunyai sebuah gua yang gelap lagi menyeramkan tetapi mempunyai keanehan tersendiri kerana seringkali mengeluarkan suara muazin melaungkan azan apabila masuk waktu solat fardu. Mengikut cerita lisan gua ini didiami oleh orang bunian. Oleh kerana itu Pawang Ana, salah seorang pengikut Lebai Tenggam menamakan kawasan tersebut sebagai Batu Masjid.


Profil Batu Masjid

Lokasi Batu Masjid sekarang bukanlah lokasi asal.Ini berlaku akibat pembukaan beberapa kampung kecil seperti Kg. tanah Seribu, Kg. Padang, Kg. Jawa, Kg. Pasir dan Kg. Tersusun Hj. Tahir.Persimpangan masuk ke kampung ini terletak di tengah-tengah Jalan Persekutuan Tapah-Kampar kira-kira 6km dari Tapah dan 2km dari Temoh. Ia dibawah pentadbiran Mukim Chenderiang yang termasuk dalam daerah Batang Padang. Pentadbiran Kg. Batu Masjid diuruskan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Perak. Entiti ini bertanggungjawab kepada Penghulu Mukim Chenderiang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning.

Baca selengkapnya Bagikan

LAMAN KOMUNITI FACEBOOK BATU MASJID

KUMPULAN BATU MASJID DI FACEBOOK

BUKIT BATU MASJID

RAO BERANDAI

NASIB SIBUTA (LEMAN SENDO)

PETA KAMPUNG BATU MASJID

azam2066's map homepage

TARIKH

DEMI MASA

WAKTU SOLAT

CUACA

SAPA MENYAPA


ShoutMix chat widget

BANK ONLINE

Maybank

Public Bank

CIMB Bank

Bank Islam

LINKS

Create your own banner at mybannermaker.com!

iluvislam

Islam grid

Minda Tajdid

Tutorial Blog

Dummies Guide to Google Blogger Beta



NEWS PAPER ONLINE

COMMUNITY BLOGGER