KUNJUNGAN KE BUKIT BATU MASJID
Tanggal 26 januari 2009 yang lalu jam 3 petang, saya bersama-sama Jari Basurek, Abang Soid, Abang Yunus dan Abu telah pergi ke Batu Masjid iaitu tempat asal Kampung Batu Masjid mendapat nama. Kawasan asal dimana Lebai Tenggam dan pengikutnya memulakan penerokaan Kampung Batu Masjid.
Tersergam indah di hadapan kami sebuah bukit batu yang diselaputi oleh tumbuh-tumbuhan. Panjangnya lebih kurang 60 meter dan lebar 20 meter. Adalah amat menghairan sekali kerana tanah disekelilingnya merupakan tanah pamah dan bukannya kawasan berbukit bukau. Ianya terletak di penjuru sempadan empat lot tanah. Pada sebelah hadapan arah laluan kami masuk ialah kebun kelapa sawit, begitu juga di sebelah kiri dan kanan. Pada sebelah belakangnya terdapat kebun getah terbiar yang ditumbuhi semak samun. Oleh kerana itu, atas faktor-faktor keselamatan kami hanya meninjau di sebelah hadapan, kiri dan kanan sahaja.
Di hadapan sebelah kanan terdapat sebuah kuil hindu berskala kecil yang didirikan oleh penganut hindu dari kawasan berhampiran. Saya sempat juga bertanya pada En. Kumar salah seorang rakan saya yang menetap di Banir Estate tentang bagaimana kuil ini boleh ujud di kawsan tersebut. Menurutnya, kuil tersebut didirikan oleh seseornag yang mendapat hasil habuan nombor ekor setelah membuat pemujaan di kawasan tersebut beberapa tahun yang lampau.
Di sebelah hadapan bertentangan dari arah kami datang terdapat sebuah batu yang berdiri kukuh dan ditumbuhi oleh pokok Ara di atasnya. Ketinggiannya lebih kurang 10 meter. Terdapat juga petanda pemujaan dilakukan di pangkal kawasan batu ini. Permukaan batu ini menunjukkan bahawa batu seklilingnya telah dipecahkan. Seperti yang dituliskan oleh jari basurek dia dalam bukunya (Batu Masjid Permata Kami Setelah Seratus Tahun Berlalu), batu ini telah diroket oleh pehak british pada zaman BMA untuk membuat jalanraya. Menurut En. Kumar juga terdapat kemalangan jiwa semasa kerja-kerja kuari dijalankan di kawasan ini sehingga memaksa kerja-kerja tersebut diberhentikan. Menurut En. Kumar lagi, kawasan ini “kuat”. Dibelakang batu yang menegak itu terdapat sebuah pintu gua yang menurun ke bawah. Di pintu masuk terdapat kesan laluan binatang liar. Kesan yang tidak mempunyai tapak kaki, hanya seperti badan yang di seret sahaja. Seolah-olah laluan seekor ular sawa yang besar.
Melihat pada keadaan batu yang telah dipecahkan semasa kerja-kerja kuari dijalankan pada masa lalu, terdapat tekstur batu seakan stalagtite dan stalagmite. Ini menunjukkan bahawa ianya seolah-olah sebuah gua yang telah dipecahkan. Abang yunus mengangkat seketul serpihan batu sebesar pingan makan dan menimbang-nimbang ditapak tangannya dan memperkatakan kepada saya bahawa batu ini berat. Berbeza dengan batu dari kawsan lain. Saya pun cuba mengangkat batu tersebut. Ternyata ketumpatan batu ini lebih kurang dua kali ganda dari batu lain seolah-olah ianya seketul timah.
Selepas satu setengah jam berada di kawasan tersebut kamipun berdedar meninggalkan Batu Masjid dengan beberapa persoalan yang tak terjawab. Masih banyak yang perlu dirungkaikan dan dikaji lagi. Tapi siapa yang berani atau mahu mengkajinya? Dan sampai bilakah batu itu akan kukuh berdiri di situ ? Atau ianya akan menjadi sebuah Kuil Mega?
Bagikan