Dilambong tak pocah! Torompeh endo jamin!
Dipetik dari blog small talk
Pahang adalah negeri yang paling banyak loghat. Tiap-tiap daerah dalam negeri Pahang, loghat percakapannya berlainan. Malah ada juga kampung dalam daerah yang sama mempunyai loghat yang lain. Mungkin agaknya kerana asal usul penduduk awal kampung itu. Bagi mereka yang berasal dari Raub, kepelbagaian loghat adalah satu perkara yang amat biasa. Diantara orang Dong dengan orang Gali, loghat mereka pun sudah berbeza. Padahal Dong dengan Gali hanya 3 kilometer saja jarak diantara satu sama lain.
Berbagai loghat lagi apabila Dong dan Gali jadi Kuala dan Ulu yakni Kuala Dong dan Kuala Gali serta Ulu Dong dan Ulu Gali. Loghat itu bertambah unik bila Sega, Atuk, Batu Talam dan Batu Malim diambil kira. Itu pun belum lagi diambil kira orang dari keturunan Rao (Rawa), Kampar, Minangkabau dan lain-lain.
"Dilambong tak pocah, terompeh endo jamin", itu lah teriakan sipenjual pinggan mangkok di Pekan Rabu Dong zaman dulu-dulu. Memang si mamat itu lambong pinggan mangkuk tu keatas. Memang lah tak pecah. Mana ada pinggan mangkuk pecah kalau hanya dilambong. Kalau terhempas keatas tanah, tidak dijamin! Maksudnya pecah la tu!
Orang Minangkabau bila ditanya apa kerja dia, ada yang jawab "kerja guyang kaki". Jangan salah faham. Maksudnya dia si tukang jahit.
Orang Rao yang di zaman dulu menjadi askar upahan memang tergulung dalam kaum yang keras hati, cekal dan berani. Kalau orang Rao kata "inda ku podah". Jangan lah dipujuk lagi. Sampai mati pun dia dah tak nak! Tapi kalau setakat dia cakap "tak ku bahawa" atau "tak terliur", masih boleh lagi dipujuk.
Kata-kata loghat Raub ini lah yang akan diterima oleh UMNO kalau masih lagi tidak mahu berubah. Rasuah sudah menjadi-jadi. Jawatan dalam parti telah dijadikan harta mak bapak datuk nenek mereka punya. Tidak boleh dipertandingkan. Ketua tidak boleh dilawan. Incumbent tidak boleh dilawan. Orang yang cerdik pandai ditolak jauh-jauh. Pada mereka UMNO itu mesti dipegang oleh orang-orang dan kuncu-kuncu mereka sahaja. Kalau boleh mereka nak kata UMNO tu bapak aku punya!
Dilambong UMNO memang tak pocah, terompeh ke tanah endo jamin!
Orang UMNO tak payah buat kerja lain. Guyang kaki je lah! Satu hari nanti orang akan kata pada UMNO..."Inda ku podah!...Tak aku bahawa!...Tak aku terliur!..
Itu jam baru padan muka!
Bagikan

salam re4mac,memang indo ko podah! umno ni... sobabnyo bertuah bonar sebahagian orang melayu masih banggang memilih pemimpin,kot 60an ko, 70an ko,80an, 9oan dan akhirnya 2000,perdana menterinya yang pertama hingg ke6,isteri mereka tidak menutup aurat!!!terang lagi bersuluh sebahagian orang melayu kito dah melanggar panduan dan hukum ALLAHswt dalam memilih pemimpin no1 dlm malaysia bolehland ko, tiada apa yang dapat dibanggakan cuma yang meriahnya kemaksiatan yang maksimum je!soalan saya mudah je,tiada berdotik ko hati hati kalian agar islam memerintah secara keselruhannya?nauzubillah
wslm.