gravatar

ADAT BERJOJAK PEPAJAR RAO

Sumber:- Buku Batu Masjid Permata Kami Setelah Seratus Tahun Berlalu (Zabidin Hj. Ismail @ Jari Basurek)
Foto:- Koleksi Peribadi


Adat berjojak atau tersohor dengan "pantang tanah" amat sinonim di kalangan masyarakat keturunan Rawa (disebut Rao) iaitu adat yang menandakan berakhirnya tempoh larangan bagi anak kecil lelaki atau perempuan untuk menjejak kaki ke tanah. Adat ini dipercayai dibawa ke sini dari Sumatera Barat oleh beberapa peneroka Batu Masjid. Dalam tempoh pantang itu, kanak-kanak tidak dibenarkan menjejaki tanah walaupun sekali. Bahkan dia juga tidak boleh terkena tanah pada mana-mana bahagian tubuh badan kerana dipercayai boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan muntah-muntah. Kanak-kanak jika terkena tanah secara automatik akan diserang sakit perut atau muntah-muntah atau demam yang tidak mahu kebah. Ubatnya ialah jampi pada ubun kanak-kanak itu serta sapuan kunyit hidup pada kening dan kepala lutut. Pengubatan ini dilakukan seseorang yang telah ditauliahkan sebagai bomoh pantang tanah.

Adat berjojak pula adalah satu majlis istiadat membatalkan pantang tanah kepada kanak-kanak keturunan Rawa yang sudah boleh berjalan. Majlis berjojak diwarnai dengan kain pemidang berwarna kuning yang dijadikan bumbung bagi memayungi acara yang dilangsungkan di atas hamparan tikar atau permaidani yang ditaburi dengan tujuh jenis bunga termasuk daun gelenggang. Pakaian kanak-kanak yang berjojak itu serba serbi berwarna kuning. Kedua-dua orang tua kanak-kanak itu duduk (utara & selatan) di hujung tikar atau permaidani yang tugasnya akan menyambut kanak-kanak yang ditatihkan oleh bomoh pantang tanah.

Pada babak permulaan, kanak-kanak yang berada di ribaan ibunya dijampi dan diminta menjamah tiga tanah yang diwarnakan iaitu putih, kuning dan hitam serta ditunjukkan hiasan emas, kemudian dipapah atau dipimpin berjalan di atas taburan bunga berwarna-warni sebanyak 7 kali dan disambut oleh kedua-dua ibu bapanya sebaik sahaja tiba di hadapan mereka. Semasa berjojak dilangsungkan pukulan gong yang dipukul lembut dan disambut pula oleh dentuman mercun atau beberapa das tembakan senapang patah.
Selepas berjojak kanak-kanak berkenaan dibawa untuk mandi berlimau di luar rumah dan didukung dan dipayungi dengan payung berwarna kuning atau berjurai kuning. Selesai mandi kanak-kanak itu disajikan dengan seekor ayam golek masak lemak kuning (tidak pedas). Biasanya ayam jantan bagi lelaki dan ayam betina bagi kanak-kanak perempuan. Sebelah ayam itu akan diberikan kepada bomoh pantang tanah sebagai upah berjojak. Pada tetamu yang hadir akan diberikan sajian istimewa iaitu Beras Rendang. Kudapan ini diperbuat daripada pulut yang digoreng bersama kelapa dan gula, kemudian dibungkus dengan daun pisang atau palas seakan-akan kuih lepat.

Artikel Terkait by Categories



Widget by Uda3's Blog
Bagikan

LAMAN KOMUNITI FACEBOOK BATU MASJID

KUMPULAN BATU MASJID DI FACEBOOK

BUKIT BATU MASJID

RAO BERANDAI

NASIB SIBUTA (LEMAN SENDO)

PETA KAMPUNG BATU MASJID

azam2066's map homepage

TARIKH

DEMI MASA

WAKTU SOLAT

CUACA

SAPA MENYAPA


ShoutMix chat widget

BANK ONLINE

Maybank

Public Bank

CIMB Bank

Bank Islam

LINKS

Create your own banner at mybannermaker.com!

iluvislam

Islam grid

Minda Tajdid

Tutorial Blog

Dummies Guide to Google Blogger Beta



NEWS PAPER ONLINE

COMMUNITY BLOGGER