gravatar

ASAL USUL PANTANG TANAH

Dipetik dari buku Batu Masjid Permata Kami. tulisan Zabidin Hj Ismail @ Jari Basurek

Mitos ini telah di ceritakan oleh Allahyarham Hj Pado bin Yaman, 80 tahun pada 8.11.1992 jam 12.15 tengahari di rumah beliau di Kampong Batu Pasir, Batu Masjid. Beliau berasal dari Rao, Sumatera Barat.

Daerah Rao, Sumatera Barat, Indonesia mengandungi beberapa kawasan tertentu. Antaranya ialah Langsat Kodok, Langgung, Padang Unang dan lain-lain. Namun begitu kaasan ini tidak mempunyai raja seabagai "payung" ke atas ketua-ketua yang mengetuai sesuatu kawasan tersebut. Maka disepekati diantara mereka untuk mendapatkan putera raja Pagar Ruyong dari Ranah Minang.

Ditakdirkan Allah s.w.t berjayalah mereka membawa pulang seorang putera raja ke Padang Unang, Rao dengan menaiki gajah dan sebaik tiba di situ, raja itupun ditabalkan sebagai Raja Rao dan bersemayam di singgahsana yang dibina khas. Adat hamba mengangkat sembah; adat raja menerima sembah. Tetapi raja itu tidak tahan disembah lalu muntah-muntah dan tercirit-birit.

Maka berkatalah pawang bahawa putera raja itu bukanlah anak raja tulen sebalaiknya orang biasa. Telahan pawang itu lagi, anak raja yang sebenarnya masih berada di Pagar Ruyong menyamar sebagai hamaba raja bagi mengelakkan dirinya "diambil" oleh orang-orang Rao.

Setelah mendapat penjelasan pawang tersebut, orang-orang rao sekali lagi berangkat ke Pagar Ruyong dan kali ini berjaya dalam misi mereka untuk mendapatkan seorang putera raja yang tulen dan lantas digelar Raja Rao. Setiba di Padang Unang terus dirajakan mengikut adat Rao lalu baginda bersemayam di istana dan kemudiannya berkahwin dengan anak Rao. Setelah mempunyai puteri, bagindapun pulang ke Pagar Ruyong seorang diri.

Beberapa tahun selepas kepulangan Raja Rao ke Pagar Ruyong, puterinya pun berkahwinlah dengan beberapa lelaki termasuk dengan kenamaan Rao. Pertama kali berkahwin, suaminya sakit lalu meninggal dunia. Kemudian puteri itu kahwin lagi lalu ; mati juga kesudahannya sehinggalah dia telah menikah dengan tujuh orang; kesemuanya meninggal dunia. Dan ditakdirkan Allah puteri itu berkahwin pula untuk kali ke lapan dengan seorang ulama yang berasal dari Choroting, Rao.

Namun begitu ulama ini sempat juga memengandungkan puteri tersebut. Apabila genap tiga bulan mengandung, ulama itu menceraikan isterinya seraya berkata; "Aku yang kuat beramal kepada Allah pun alah kepada mu, inikan pula orang biasa." Sebenarnya ulama itu telah menyedari bahawa dirinya sudah dihinggapi tulah dan matanya mula beransur menjadi hijau. Sebaik sahaja dia menceraikan isterinya tiba-tiba penyakitnya sembuh seperti sediakala dan berkatalah ulama itu; "inilah kuasa Allah Taala."

Enam bulan kemudian janda ulama itu melahirkan anak lelaki dan diberi nama Marahsani. Anak ini dikatakan memiliki daulat. Barangsiapa yang melintas di hadapannya tanpa meminta izin akan muntah tahi. Untuk kembali sediakala; penawarnya ialah terpaksa minum air tapak kaki Marahsani.

Adalah dipercayai kelahiran Marahsani disambut dengan "adat pantang tanah" justeru itu keturunan Marahsani sehingga sekarang masih lagi mengamalkan adat tersebut kerana dengan kehendak Allah jua, jika ditinggalkan akan mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak yang dalam tempoh berpantang iaitu kira-kira 13 bulan atau sehingga kanak-kanak pandai berjalan dan pantang tersebut terbatal apabila kanak-kanak sudah berjojak

Artikel Terkait by Categories



Widget by Uda3's Blog
Bagikan
gravatar

RazakRao
Cerita sebegini patut di kaji dgn lebih mendalam dan dibukukan sebagai cerita-cerita rakyat . Kajian yang dimaksudkan adalah dengan mengambil petikan cerita dari berbagai sumber sebagai perbandingan .. agar kisah ini dapat diterima ramai , dikalangan waris Rao .

gravatar

sudah lama mencari tentang asal usul dari ini. akhirnya melalui kemudahan globalisasi dapat gak sedikit informasi tentang bangsaku ini..

gravatar

rasanye cerita pantang tanah (dan juga pantang berbuai) ini ada beberapa versi.. versi yang sy dpt, lain pulak.. Allahualam..

gravatar

saya dari keturunan pantang tanah . memang kena ikut kalo tidak benda tidk elok akan tejadi

LAMAN KOMUNITI FACEBOOK BATU MASJID

KUMPULAN BATU MASJID DI FACEBOOK

BUKIT BATU MASJID

RAO BERANDAI

NASIB SIBUTA (LEMAN SENDO)

PETA KAMPUNG BATU MASJID

azam2066's map homepage

TARIKH

DEMI MASA

WAKTU SOLAT

CUACA

SAPA MENYAPA


ShoutMix chat widget

BANK ONLINE

Maybank

Public Bank

CIMB Bank

Bank Islam

LINKS

Create your own banner at mybannermaker.com!

iluvislam

Islam grid

Minda Tajdid

Tutorial Blog

Dummies Guide to Google Blogger Beta



NEWS PAPER ONLINE

COMMUNITY BLOGGER