gravatar

KAMPUNG BATU MASJID

ASAL USUL BATU MASJID

Rujukan:- Buku, Batu Masjid Permata Kami Setelah Seratus Tahun Berlalu (Zabidin Hj. Ismail @ Jari Basurek)



Kampung Batu Masjid dibuka pada tahun 1895 oleh Lebai Tenggam dan beberapa orang pengikutnya. Lebai Tenggam bukanlah nama sebenar beliau, tetapi hanya gelaran sahaja. "Lebai" bererti orang yang taat kepada perintah agama serta kuat beribadat. Manakala "Tenggam" pula ialah satu nama perkampungan di Rao, Sumatera Barat, Indonesia. Ketika membuka Batu Masjid beliau berusia 20 tahun.Batu Masjid mendapat nama dari sebuah bukit batu yang menyerupai bentuk masjid tersergam indah ditengah-tengah hutan belantara yang diterokai oleh beliau dan pengikut-pengikutnya. Bukit batu itu memepunyai sebuah gua yang gelap lagi menyeramkan tetapi mempunyai keanehan tersendiri kerana seringkali mengeluarkan suara muazin melaungkan azan apabila masuk waktu solat fardu. Mengikut cerita lisan gua ini didiami oleh orang bunian. Oleh kerana itu Pawang Ana, salah seorang pengikut Lebai Tenggam menamakan kawasan tersebut sebagai Batu Masjid.


Profil Batu Masjid

Lokasi Batu Masjid sekarang bukanlah lokasi asal.Ini berlaku akibat pembukaan beberapa kampung kecil seperti Kg. tanah Seribu, Kg. Padang, Kg. Jawa, Kg. Pasir dan Kg. Tersusun Hj. Tahir.Persimpangan masuk ke kampung ini terletak di tengah-tengah Jalan Persekutuan Tapah-Kampar kira-kira 6km dari Tapah dan 2km dari Temoh. Ia dibawah pentadbiran Mukim Chenderiang yang termasuk dalam daerah Batang Padang. Pentadbiran Kg. Batu Masjid diuruskan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Perak. Entiti ini bertanggungjawab kepada Penghulu Mukim Chenderiang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning.

Artikel Terkait by Categories



Widget by Uda3's Blog
Bagikan

LAMAN KOMUNITI FACEBOOK BATU MASJID

KUMPULAN BATU MASJID DI FACEBOOK

BUKIT BATU MASJID

RAO BERANDAI

NASIB SIBUTA (LEMAN SENDO)

PETA KAMPUNG BATU MASJID

azam2066's map homepage

TARIKH

DEMI MASA

WAKTU SOLAT

CUACA

SAPA MENYAPA


ShoutMix chat widget

BANK ONLINE

Maybank

Public Bank

CIMB Bank

Bank Islam

LINKS

Create your own banner at mybannermaker.com!

iluvislam

Islam grid

Minda Tajdid

Tutorial Blog

Dummies Guide to Google Blogger Beta



NEWS PAPER ONLINE

COMMUNITY BLOGGER